Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi, Bukan Ilmu Masak Sahaja,” Jom Dengar...

“Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi, Bukan Ilmu Masak Sahaja,” Jom Dengar Kisah 5 Chef Hotel Crystal Crown PJ …

Sembang petang dengan Eksekutif Chef Fathurrazi, Sous Chef Faridul Ataras, Senior Chef De Partie Suriani, Demi Chef Muhamad Khairil serta tenaga paling muda Demi Chef Ardy Daniel berlangsung di Brass Café , Hotel Crystal Crown, PJ . Bagi bakal-bakal Chef dan adik-adik yang nak menyertai dunia kulinari dan perhotelan Chit Chat bersama  5 Chef  ini boleh dijadikan panduan.

“Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi, Bukan Ilmu Masak Sahaja,” Jom Dengar Kisah 5 Chef Hotel Crystal Crown PJ …
Dari kiri Chef Khairil, Chef Ardy, Chef Fathurrazi, Chef Faridul dan Chef Suriani

Benarlah jangkaan min barisan chef ini kesemuanya telah mula minat memasak sejak daripada alam persekolahan lagi. Yang pasti setiap daripada mereka mempunyai pengalaman menarik di dapur bermula dari rumah sendiri, yang kini membuka laluan karier mereka kini.

Mereka mengakui kerjaya chef bukan sekadar tahu ilmu dan masakan sahaja, tetapi ia menuntut lebih daripada itu. Kebijaksanaan mengurus, ilmu sains, ekonomi, matematik dan kreativiti seni dan idea inovatif adalah kemahiran dan pengetahuan asas yang penting dan berjalan seiring dengan kepandaian memasak.

Eksekutif Chef Fathurrazi Mohamed yang mengetuai dan menyelia kumpulan 29 orang chef di sini mengakui,“Dahulu sebelum menceburi kerjaya ini, saya sendiri pernah mempunyai tanggapan cukup sekadar pandai memasak seseorang sudah boleh dianggap menjadi chef serba boleh. Ketika itu saya fikir ia kerjaya mudah tanpa tahap akademik yang tinggi, kerana itulah saya memilih bidang ini.

Tetapi sebaik memasuki kerjaya ini dan kini lebih 20 tahun menjadi chef, saya sedari bahawa dapur adalah untuk orang yang bijak matematik dan ekonomi, arif ilmu sains makanan dan kesihatan serta mahir mengurus dan membuat perancangan teliti dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.” Fathurrazi juga memikul tanggung jawab untuk mengurus dan melatih tenaga chef muda serta memimpin penyediaan bankuet untuk aturcara dan juga sajian di coffee house.

“Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi, Bukan Ilmu Masak Sahaja,” Jom Dengar Kisah 5 Chef Hotel Crystal Crown PJ …

IKLAN

Menurut Senior Chef De Partie , Suriani Yup, yang arif dalam pembuatan pasti dan kek serta berpengalaman lebih 20 tahun di hotel Crystal Crown, “Sangat penting untuk chef memastikan sukatan dan suhu yang tepat agar masakan yang dibuat terjamin kesegaran rasa dan kualtiti, seperti apabila membuat adunan kek dan pastry yang amat ‘sensitif dan tidak menjadi jika salah sukat atau silap melaras suhu menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.”

Bagi Faridaul Ataras Ab Razak pula seorang chef perlu sentiasa kreatif dalam menghias hidangan dan mencipta serta mengeluarkan idea yang baru dalam masakan. Contohnya dalam menu ikan salmon, seorang chef tidak boleh terikat dengan kaedah resipi yang sedia ada contohnya digril dan panggang seperti lazimnya hidangan barat. Menu salmon boleh ditukar menjadi ‘aunthentic Malay’ dengan mengubahnya sebagai masakan asam pedas.”

Sebagai Sous Chef, Faridul menjelaskan tanggung jawabnya menuntut kepantasan menguruskan masa dan bijak menyediakan menu terutama apabila menjayakan bankuet di dalam sesuatu majlis dan aturcara yang berlangsung di dalam dan di luar lokasi hotel yang perlu memenuhi tempahan skala makanan yang besar.

“Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi, Bukan Ilmu Masak Sahaja,” Jom Dengar Kisah 5 Chef Hotel Crystal Crown PJ …

IKLAN

Buat Muhammad Khairil Abdullah pula Crystal Crown adalah hotel pertamanya sejak dia mula menceburi kerjaya ini yang kini memasuki enam tahun iaitu bermula sebagai ‘commis chef’ dan kini menyandang tugas Demi Chef.

Dia bersyukur kerana walaupun masih muda dalam bidang ini, tetapi dia berpeluang mengasah bakat dan kemahiran daripada ketua dan rakan sekerja senior yang tidak lokek ilmu.Menyimpan impian untuk membuka kedai makanan sendiri pada masa hadapan, katanya,“ Saya amat mengagumi Chef Wan yang sentiasa mempunyai idea yang bernas dan kreatif dalam menghasilkan menu masakan.

Bagi menjadi chef yang berjaya, saya perlu bersedia menerima teguran dan meningkatkan kemahiran melalui pembacaan buku masakan dan menambah ilmu serta mengikuti perkembangan dan variasi masakan melalui televisyen dan media sosial.

IKLAN

Mendekati chef paling muda yang baru berusia awal 20an, Demi Chef Ardy Daniel, pemuda dari Kota Kinabalu, Sabah, gigih mengadaptasi diri dalam masa sebulan kerana perbezaan makanan yang berbeza daripada tempat kelahirannya.

 

Suasana kerja yang harmoni dan rakan pasukan kerja yang saling bekerjasama memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan cepat.Ketua yang membimbing membuatkan saya merasa bangga menjadi ahli dalam pasukan chef yang hebat di sini,” kata Ardy yang meyakini kerjaya chef sebenarnya membuka ruang untuknya ke bidang perniagaan makanan apabila tiba masanya nanti.

TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel, 12 Lorong Utara A, Off Jln Utara, Petaling Jaya, Selangor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI