Kuih dengan rona kuning keemasan diberi nama kuih Jala Mas dan popular di Terengganu dan Kelantan. Penghasilan ialah daripada kuning telur dengan proses yang agak cerewet. Bentuknya seperti mee malah lebih lebih halus dan lembut yang diurai ke dalam air gula yang panas. Kuih ini sering menjadi hantaran perkahwinan Melayu. Nak tahu cara buatnya lihat perkongsian resipi oleh Anie Kue.
JALA MAS
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji kuning telur | ditapis
- 1kg gula
- 1kg air
- Daun pandan
- Pewarna kuning
- Kuali seeloknya guna kuali tembaga. Jika tiada, guna mana-mana kuali yang tebal.
- Acuan untuk jala mas (boleh juga guna acuan roti jala)
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga didih dan air gula kelihatan agak pekat. Pada waktu ini, daun pandan bolehlah dibuang.
- Kemudian kirai kuning telur yang telah ditapis ek dalam air gula tadi. Guna acuan yang bermuncung halus.
- Untuk proses mengirai ni, kirai sikit-sikit, kemudian angkat. Boleh juga menambah sedikit air kerana air gula akan menjadi bertambah pekat. Ulang hingga habis adunan.
- Jala mas yang siap dihasilkan, boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan pelengkap hidangan puding raja.
Nota: Pewarna tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan kuning telur kerana ianya tidak larut dan menjejaskan kualiti Jala Mas.
Resipi perkongsian :Anie Kue