Di tengah kesibukan kota dan rutin harian yang padat, Majalah RASA dengan kerjasama JALEN mengambil inisiatif untuk mendekati masyarakat melalui pelaksanaan program-program komuniti yang bermanfaat dan berinspirasi.
Program-program ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan produk, tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan antara jenama dan masyarakat. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif, JALEN berusaha mencipta platform di mana masyarakat dapat berkumpul, berkongsi cerita dan merasai keunikan rasa sajian yang dimasak menggunakan produk keluaran syarikat milik bumiputera muslim ini.
Program Demo Masakan Harian adalah salah satu program komuniti dimana JALEN telah mengundang khas Chef Syamil Halek untuk berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh dimasak menggunakan produk mereka.
Lokasi pertama adalah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Bila sebut sekolah, pasti ingat pelajar kan? Ha… Kali ini JALEN menyantuni para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa dan juga para ibu bapa dari PIBG. Memang sangat meriah. Mana tidaknya, cikgu-cikgu dan juga mak ayah semuanya sangat ‘sporting’.
Chef Syamil berkongsi 3 resipi; Creamy Tomato Soup, Burger Ayam Bakar Thai dan Sirap Lychee Jelly Ball. Semuanya enak-enak belaka!
Seronok para peserta bila dapat mencuba air tangan chef. Sesi pop kuiz pun meriah. Semua teruja nak menang hadiah!
Untuk lokasi kedua, Majalah RASA dan JALEN berkunjung pula ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kali ini untuk menyantuni para peserta Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI).
Chef Syamil juga tidak keseorangan. Beliau ditemani Atu Zero selaku pengacara majlis. Jika ada Atu, memang gamat suasana. Celotehnya yang bersahaja, menghiburkan semua peserta hadir. Memang ‘happening’! Ada sahaja usikan untuk para peserta yang rata-ratanya adalah bakal pengantin baru.
Resipi yang dikongsi pula adalah menu-menu masakan harian yang sesuai dicuba oleh pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Menunya adalah Bagel Scramble Egg Cheese, Ayam Sambal Bunga Kantan dan Ayam Korea Bajet.
Sangat sedap! Alhamdulillah, semua peserta yang hadir dapat merasa semua menu yang chef masak pada hari tersebut malah dapat cenderahati istimewa lagi dari JALEN dan juga Majalah RASA.
Dari program masak-masak, JALEN turut turun padang bersama Majalah RASA untuk lebih dekat lagi dengan masyarakat menerusi Rasa Layan Curry Fiesta. Empat hari berkampung di Setia City Convention Centre demi bersama masyarakat setempat. Sangat-sangat ‘best’. Banyak promosi yang JALEN bawa.
Aneka kicap, sos dan kordial minuman memang kaw-kaw punya promosi. Mana tidaknya, dengan hanya RM10, macam-macam produk boleh beli. Pendek kata, siapa yang datang, balik pasti ada beg JALEN di tangan.
Aktiviti masak-masak begini memang sangat mengujakan. Masing-masing seronok bila dapat merasa air tangan chef profesional sampai ada yang minta tambah. Terbukti bila masak guna produk JALEN ni rasa memang sedap!
Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dengan Majalah RASA bagi memeriahkan tahun 2024 ini dengan pelbagai program serta aktiviti yang menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang. JALEN Pastinya Pilihan Anda!