Jamu Anak Semangkuk Bubur Nasi Cendawan Shitake, Confirm Licin

Share

Cuti sekolah ni mak mak sibuk nak menyediakan menu yang terbaik untuk anak-anak. Paling mereka suka ialah bubur. Cuba buat bubur nasi cendawan shitake gerenti mereka tak cari bubur Mcd.

Sangat sesuai untuk anda yang menggemari bubur dan juga para vegan. Antara menu diet yang sedap dan sihat, boleh feeling breakfast di Korea juga.

Bubur Nasi Cendawan Shitake

(5 orang makan)

Bahan-bahan:

  • 1 pot beras
  • Cendawan shitake
  • Lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • Mixed herbs
  • Serbuk lada hitam (Optional)
  • 2 sudu besar minyak masak/zaiton
  • Garam & perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Daun sup & daun bawang

Cara memasak:

  1. Rendam beras.
  2. Dadukan/cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
  3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan. Gaulkannya, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.

4.Dah siap, boleh hidang dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

Kredit: Shaa Zainol

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri