Selain faktor keturunan banyak faktor penyebab lain yang menyebabkan kencing manis antaranya pemakanan. Kencing manis adalah penyakit yang boleh membunuh dalam senyap selain jantung dan darah tinggi. Jamu adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk mencegah dan mengawal kencing manis.
JAMU EKSTRAK PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN
Peria katak
Halia
Bawang putih
Epal hijau
Ibu Kunyit
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Hiris nipis-nipis semua bahan-bahan. Jemur bagi keringkan bahan.(Selain jemur boleh gunakan mesin). Sukatannya agaran sebanyak macam dalam gambar.
Ads
2. Kisar semua bahan yang sudah kering. Kisar kasar seperti ini boleh bancuh dengan air panas dalam satu gelas.
Ads
3. Boleh juga kisar halus dan masukkan ke dalam kapsul. Mudah untuk di telan.
4. Masuk bahan-bahan yang dikisar halus dalam kapsul.
Ads
5. Mampatkan biat betul-betul padat.
INFO:
Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd atau Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia.
Peria katak tinggi fiber, mineral & anti-oksidan. Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah.
Kebaikkan epal hijau tinggi serat, anioksidan, kaya dengan sumber mineral dan vitamin.
Sekarang pasta bukan lagi makanan yang pelik di kalangan masyarakat Malaysia, Malah hidangan pasta juga sudah menjadi menu utama dalam kebanyakan jamuan atau majlis kenduri kecil. Istimewanya masakan ini adalah ringkas, mudah dan cepat disediakan. Jika anda igin mencuba, berikut cara membuat enam jenis sos yang popular past di kalangan rakyat Malaysia dihidangkan untuk Masakan Itali yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia ini mempunyai beberapa sos. Berikut enam sos menjadi pilihan rakyat Malaysia.
CARBONARA:
Antara sos putih yang digemari ramai, dibuat dari bahan-bahan seperti kuning telur, keju paramesan, bawang putih, lada sulah dan beef bacon. Untuk rasa lebih berkrim anda boleh tambah dengan heavy cream. Cara menyediakan sos sangat mudah. Anda hanya perlu tumiskan bahan dengan minyak zaitun.Untuk lebih perisa dan menambah warna kepada sos anda boleh tambahkan sosej, smoked beef untuk rasa yang lebih sedap dan hidangan nampak lebih menyelerakan.
PESTO:
Sos pesto adalah sos berwarna hijau, hasil dari gabungan daun basil, bawang putih, kacang pinus dan keju parmesan. Semua bahan ini dikisar halus, kecuali keju. Bahan kisar ini kemudian ditumis dengan minyak zaitun dan ditambah dengan keju parmesan dan dimasak hingga wangi. Sos ini lebih sihat dan sedap.
BALOGNES
Sos merah pasta berwarna merah ini dihasilkan dari gabungan daging cincang, bawang putih dan lobak merah. Kemudian ditumis dengan mentega dan ditambah dengan sedikit air stok daging. Setelah masak, tambahkan krim masak dan keju parmesan supaya sos lebih pekat. Namun sekarang sos ini telah diolah dengan tambahan susu cair dan tomato. Ia menjadikan rasa yang lebih lemak berkrim
AGLIO OLIO
Sos Aglio Olio adalah sos yang sangat ringkas dan mudah disediakan bila digabungkan dengan spageti. Untuk menyediakannya anda hanya perlu panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang, kacau rata dan masukkan spageti. Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan serbuk lada hitam atau chili flakes. Bagi lebih perisa boleh tambah hirisan sotong atau udang untuk perisam, namun terpulang pada cita rasa. Untuk rasa lebih lemak boleh taburkan dengan parutan keju semasa dihidangkan. Perlu diingatkan sos ini kering sifatnya dan rasa sedikit pedas hangat sedap.
ALFREDO
Sos Alfredo adalah sos paling sesuai dengan pasta fettucini. Sos ini hanya menggunakan bahan asas mentega dan heavy cream, kedua bahan ini dimasak hingga menjadi sos pekat yang lembut. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan bawang putih dan keju parmesan. Sebenarnya sos ini hampir sama dengan sos carbonara, tetapi warna sos Alfredo lebih putih dan rasanya lebih ringan dan berkrim.
MARINARA
Sos marinara adalah sos tomato khas, rasanya masam-masam manis dengan sedikit rasa hangat dari herba basil, pudina atau peterseli. Cara menyediakan sos ini sangat mudah, ia ditumis menggunakan minyak zaitun bersama bawang putih, dedaun herba seperti basil dan pudina atau peterseli, kemudian dicampur dengan tomato, ia dimasak sehingga tomato hancur sempurna dan pekat kuahnya. Ia sesuai untuk pasta ravioli. Tetapi sekarang untuk lebih perisa ada yang tambahan dengan seafood.
Kesemua pasta ini mudah disediakan, anda boleh cuba salah satu sos kegemaran keluarga untuk dipandankan dengan pasta.
Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!