Terus popular bijan kebelakangan ni, tapi pernah tak kamu tahu dari mana datangnya bijan dan asal usulnya? Jom tambahkan pengetahuan selain hanya tahu gunakan minyak bijan dan biji bijan untuk memasak!
Bijan atau nama glamournya ‘sesame seed’ selalu dijumpai bila makan burger, cucur badak atau makanan jepun. Tapi saat kamu makan pernah tidak kamu terfikir bagaimanala agaknye rupa pokok bijan nih? Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum
yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.
Pokok di atas itu la pokok bijan. Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak.
Bijan ini banyak khasiatnya yang mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.
Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India, kenape Malaysia tak tanam ye? Ia terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun!
Gambar diatas ialah buah yang mengandungi bijan, bila sudah masak ia akan pecah macam pokok keembung. Mungkin sebab tu orang barat selalu guna istilah ‘open sesame
!’
Kredit: kautahutak
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat – secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
Kongsi resipi: asapdapur