Jangan Bazirkan Buah, Boleh Buat Aiskrim Pop Berperisa

Share

Kalau ada banyak buah-buahan di dapur, jangan risau jika tak habis dimakan.

Ini ada idea yang anda boleh manfaatkan buah-buahan tersebut menjadi aiskrim pop yang dah tentu anak-anak suka.

 

WATERMELON LEMONADE POP

BAHAN-BAHAN:

1/3 gelas air
1/3 cawan gula
½ cawan jus lemon segar
3 cawan buah tembikai | potong dadu

TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live

TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan gula dan air dalam pengisar dan biarkan lima minit untuk mencairkan gula.
2. Kemudian masukkan buah tembikai dan jus lemon. Kisar hingga hancur dan sebati.


3. Tapiskannya, kemudian tuangkan air jus yang telah ditapis ke dalam acuan aiskrim pop.
4. Letakkan tangkai aiskrim, kemudian bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.

 

CHOCO BANANA POP

BAHAN-BAHAN:

1 cawan krim
2 sudu makan gula
½ cawan pisang masak | kisar
60gm coklat susu | potong dadu

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Dalam periuk kecil panaskan krim bersama gula atas api sederhana.
2. Kacau hingga adunan panas dan berwap (tetapi tidak sampai mendidih).
3. Tutup api dan tambahkan coklat dan biarkan 15 minit. Seterusnya campurkan pisang dalam adunan, gaul rata.
4. Tuangkan adunan aiskrim dalam acuan aiskrim pop dan letakkan tangkainya sekali. Bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.

 

STRAWBERRY BUTTERMILK POP

BAHAN-BAHAN:

¼ cawan gula
¼ cawan gula
1 cawan strawberry segar | potong dadu
½ cawan buttermilk

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan air dan gula dalam alat pengisar dan biarkan lima minit, untuk menghancurkan gula.
2. Tambahkan strawberi dan buttermilk, kisar hingga halus. Kemudian tuangkan dalam acuan pop dan letakkan tangkai sekali.
3. Bekukan semalaman di dalam freezer sebelum sedia dihidangkan.

 

MANGO SPICE POP

BAHAN-BAHAN:

½ cawan gula


½ cawan air
2 biji mangga, kupas & cincang (hasilnya dapat 1 ½ cawan)
½ sudu teh serbuk cili
2/3 cawan air limau nipis

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit, untuk melarutkan gula.
2. Tambahkan mangga, air limau nipis serbuk cili ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
3. Tuangkan dalam acuan, dan letakkan tangkai dan bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.

 

PINA COLADA POP

BAHAN-BAHAN:

3 cawan nanas segar | dadu kecil
¼ cawan air limau nipis
1 cawan santan

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan nanas, santan dan air limau nipis dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
2. Tuangkan dalam acuan aiskrim dan letakkan tangkainya sekali.
3. Bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff