Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh kalau anda baca tip ini.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Ads
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak. Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Ads
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ads
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Perut lembumemang enak dimasak dengan pelbagai cara. Namun ia agak sukar untuk dibersihkan bahkan juga berwarna hitam dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Perut lembu yang biasa dibeli di pasaraya, biasanya sudah siap dicuci bersih dan berwarna putih. Namun jika dibeli dari penjual daging segar atau dari sembelihan korban, ia masih pada warna asal iaitu kehitaman. Pada tahap ini, ramai yang ‘tidak sanggup’ untuk membersihkannya.
Saudari CikPuan Julie Raja Iskandar ada kongsikan cara asas untuk membersihkan perut lembu hitam supaya menjadi putih. Bolehlah cuba. Sedikit penat tapi berbaloi dengan masakan yang bakal dinikmati.
PETUA BERSIHKAN PERUT LEMBU HITAM SUPAYA JADI PUTIH & TIDAK BERBAU
1.Rendam perut lembu dalam air kapur makan selama 30 minit hingga 1 jam.
2. Kemudian bersihkan perut dengan mengikis bahagian hitam dengan menggunakan pisau. Proses ini agak mengambil masa.
3. Bila perut lembu sudah bersih sepenuhnya, cuci perut lembu dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. 4. Sesudah siap dibersihkan, tiba tahap untuk merebus perut lembu tadi. Rebus seketika perut lembu untuk memudahkan proses pemotongan.
5. Apabila perut sudah siap dipotong, rebus sekali lagi perut lembu tadi dengan menambah sedikit hirisan halia. Halia juga berfungsi untuk menghilangkan bau perut. 6. Toskan airnya dan perut lembu sedia untuk dimasak mengikut selera masing-masing.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap. Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Siapkan Bahan Campuran
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
Adunan
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
Isian
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
Campuran Tepung Digunakan
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubu atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Jumlah Isian
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
Cara Memasukkan Isian
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
Cara Tuang Adunan
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
CARA MENGGORENG
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng. Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira