
Jom kita mengembara ke Sri Lanka! Okaylah, kita cuba resipi ‘rare’ dari Sri Lanka iaitu Bread Kottu Spicy, makanan jajan yang popular di sana.
Resipi yang dikongsi oleh Julia ALeen Aireish ini, mirip dengan makanan India Selatan, mempunyai rasa dan perisa tersendiri.
KOTTU – ROTI GORENG PEDAS

BAHAN-BAHAN :
5 keping roti | dipotong
1 sudu makan rempah kari | dibancuh dengan sedikit air
1 sudu makan chili flake
1/2 biji bawang holland | potong dadu
1/2 batang lobak merah | potong dadu
1 biji ubi kentang saiz besar | dipotong seperti jejari
1 tangkai daun kari
2 biji cili api | dipotong
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Sedikit air (jika perlu)
CARA-CARANYA:
1. Roti yang telah dipotong dibakar 20 minit, saya bakar guna airfryer suhu 120C.
2. Kentang yang dipotong jejari digoreng dahulu hingga masak.

3. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu kemudian masukkan cili api. Selepas itu masukkan lobak merah dan rempah kari kacau hingga pecah minyak.

4. Saya masukkan sedikit air panas agar tidak terlalu kering, letak serbuk maggi secukup rasa, cili flakes dan telur kacau-kacau dan rasa secukupnya.
5. Kemudian masukkan roti bakar bersama dengan kentang goreng gaul merata dan sebati. Sedia dinikmati panas-panas wow sangat berapi.

Kredit resipi: Julia ALeen Aireish
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dua Kudapan Arab Dari Kacang Kuda , Sangat Enak & Mudah Aje Buatnya

Falafel dan hummus adalah di antara dua kudapan Timu Tengah yang sangat lazat untuk dinikmati. Kacang kuda adalah ramuan masakan yang sering diguna dalam masakan Arab.
Falafel ni adalah bebola kekacang kuda ala bergedil, hummus pula dimasak dengan gaya yang lain walaupun menggunakan asas yang sama. Makan cuti cuti ni ni sambil menonton tv memang best laa.
1. FALAFEL

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
- 1 besar bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh teh jintan manis
- 1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukupnya
- Lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Ala begedil kekacang
Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah
Anggaran kos :RM 10
Info Chef : Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS

BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

Hasil air tangan Chef Mohd Syamir Azmi memang cukup memukau dengan 10 aneka pastri yang diminta. Lima pastri dari Asia dan lima lagi dari negara-negara Timur Tengah. Pastri berasaskan pastri rapuh, pastri filo, pastri chouz dan pastri lapis ini nyata penuhi selera penggemar manisan.

Jom semak resipi pastri terlajak sedap hasil kreativiti Chef Pastri, Mohd Syamir Azmi dari Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya. Rupanya menarik, rasanya pulak terlajaklah sedapnya.
1. BAKLAVA.

BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
- 1 biji telur
- 118ml minyak jagung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh cuka
- 125gm yogurt kosong @ biasa
- 1 sudu teh garam
- 375gm tepung kek
- 30gm tepung jagung
- 50gm kacang pistachio
- 100gm mentega cair
Bahan air gula :
- 200gm gula
- 200ml air
CARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
- Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
- Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
- Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
- Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
- Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan ke atasnya agar tidak melekat.
- Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
- Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi melekatkan antara doh.
- Potong doh berukuran 2cm x 2cm dan taburkan kacang pistachio.
- Lipatkan dari penjuru ke penjuru menjadi seperti bunga.
- Panaskan oven pada suhu 180c dan bakar dalam masa 20 minit
- Masakkan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
- Setelah selesai membakar sapukan air gula ke atasnya.
- Sedia untuk dihidang.
Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Manis dan rangup
INFO CHEF :Pastikan lapisan doh yang sudah dicanai, disapu mentega dengan rata untuk pastikan tidak terbuka semasa membakar.
2. UMM ALI.

BAHAN-BAHAN :
Bahan filo pastri :
- 1 biji telur
- 118ml minyak jagung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh cuka
- 125gm yogurt kosong @biasa
- 1 sudu teh garam
- 375gm tepung kek
- 30gm tepung jagung
Bahan sos krim:
- 3 cawan susu segar
- 1 cawan krim putar
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan hiasan :
- 20gm kacang pistachio | dihancur kasar
- 20gm kacang badam | dihancur kasar
- 20gm kismis
CARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
- Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
- Selepas membentuk 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
- Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
- Ambil doh yang sudah direhatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
- Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan sedikit agar tidak melekat.
- Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
- Carikkan atau leraikan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
Cara membuat sos krim :
- Satukan susu segar, krim putar, gula, esen vanila,dan serbuk kayu manis kedalam mangkok dan kacau sehingga sebati
- Masukkan pastri filo yang sudah di bakar ke dalam acuan dan masukkan sos krim kedalam.
- Taburkan kacang pistachio,kacang badam,kismis di atas dan bakar selama 15 minit.
- Selepas dibakar sedia di hidangkan.
Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Bersusu dan Berkrim.
INFO CHEF; Pastikan sos betul betul meresap kedalam filo sebelum membakar untuk mendapat kan sos yang berkrim.
3. WARBAT.

BAHAN-BAHAN;
Bahan filo pastry :
- 1 biji telur
- 118ml minyak jagung
- 1 susu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh cuka
- 125gm yogurt kosong @ biasa
- 1 sudu teh garam
- 375gm tepung kek
- 30gm tepung jagung
Bahan sos kastad :
- 1 1/2 cawan susu segar
- 6 sudu makan tepung jagung
- 4 sudu makan gula
- 300ml krim putar
Bahan air gula :
- 200gm gula
- 200ml air
Bahan hiasan :
- 20gm kacang pistachio | ditumbuk
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
- Selepas membentuk doh 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
- Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkok untuk di gunakan dalam proses mencanai.
- Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
- Setiap kali menguli pastikan tepung di letakan agar tidak melekat.
- Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
- Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair bagi untuk melekatkan antara doh.
- Potong doh berukuran 3inci x 3inci.
Cara membuat sos ;
- Satukan susu segar, krim putar, gula kedalam periuk, kacau hingga sebati dan didihkan.
- Setelah mendidih masukkan krim putar dan kacau sehingga likat.
- Sejukan seketika didalam peti sejuk.
- Ambil doh fillo dan letakkan sos kastad di tengah-tengah doh dan lipat segi 3.
15.Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20mint pada suhu 180c.
- Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula
- Setelah selesai menbakar sapukan gula sirap ke atas nya. Taburkan kacang pistachio diatas nya.
- Sedia untuk di hiding.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Rangup dan berkrim.
Anggaran kos; RM15
INFO CHEF: Pastikan krim kastad sejuk bagi senang untuk di letakkan pada filo. Setelah membakar pastikan terus sapu air gula dan tabur kacang agar kacang melekat pada filo.
4. GALAKTUBOUREKO.

BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
- 1 biji telur
- 118ml minyak jagung
- 1 sudu teh cuka
- 125gm yogurt kosong @ biasa
- 1 sudu teh garam
- 375gm tepung kek
- 30gm tepung jagung
Bahan sos :
- 500ml susu segar
- 200gm gula
- 20gm mentega
- 75gm tepung semolina
- 7ml esen vanila
- 3 biji telur
CARA MEMASAK;
Cara membuat doh :
- Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
- Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
- Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
- Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
- Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan agar tidak melekat.
- Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
- Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi untuk bahagian bawah.
- Buat lagi sekali 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair untuk bahagian atas pula.
Cara membuat sos :
- Didihkan susu segar, gula, mentega, essen vanilla ke dalam periuk.
- Setelah mendidih masukkan tepung semolina dan kacau sehingga sebati.
- Sejukkan sebentar sebelum memasukkan telur dan kacau sehingga sebati.
- Ambil doh filo untuk bahagian bawah dan masukkan ke dalam acuan pembakar. Tuang sos ke atas doh filo.
- Ambil doh filo bahagian atas dan letak dan tutupkan bahagian atas sos
- Bakar selama 30 minit pada suhu 180c.
Cara membuat air gula :
- Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
- Setelah selesai membakar curahkan air gula keatasnya dan sedia untuk di hiding.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan : Rangup dan Berinti.
INFO CHEF; Pastikan sos kastad sejuk sebelum mencampurkan telur agar telur tidak masak kerana sos kastad masih panas.
- TULUMBA.

BAHAN -BAHAN :
Bahan choux pastry :
- 237ml air
- 40ml minyak jagung
- 60ml susu segar
- 210gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 14ml cuka
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan air gula :
- 300gm gula
- 100ml air
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
- 20gm kacang pistachio untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Cara membuat choux pastry :
- Campurkan bahan bahan seperti air, minyak jagung, susu segar, ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan tepung kek dan kacau hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam mesin penguli dan putar selama 5 minit bagi menyejukkan doh.
- Setelah sejuk sedikit doh masukkan telur 1 per 1 sehingga habis dan sebati.
- Setelah telur sebati masukkan cuka dan putar sehingga sebati.
- Setelah itu panaskan minyak untuk menggoreng.
- Masukkan doh kedalam beg piping dan piping doh ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Goreng sehingga garing dan kekuningan.
Cara membuat air gula :
- Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
- Setelah siap menggoreng tapiskan minyak agar tidak terlalu berminyak.Gaul bersama air gula yg telah dimasak sebentar tadi.
- Taburkan kacang pistachio yang telah di cincang dan di bakar keatasnya.
- Sedia untuk dihidang.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF; Pastikan doh tidak panas semasa mencampurkan telur dengan doh yang telah dimasak.Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.
6. CHINESE EGG TART.

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart:
- 145gm tepung kek
- 1 sudu makan gula aising
- 75gm mentega
- 1 biji kuning telur
- 1/2 biji putih telur
Bahan sos:
- 70gm gula
- 140ml air
- 125ml susu segar
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh garam.
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
- Campurkan bahan bahan seperti tepung kek, gula aising, mentega, garam, ke dalam mesin penguli dan pukul sebati.
- Masukkan kuning telur dan putih telur ke dalam dan pukul sehingga menjadi doh.
- Selepas menjadi doh sejukkan sebentar ke dalam peti sejuk selama 15minit supaya doh keras sedikit bagi memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart.
- Selepas 15minit ambil semula doh dan ratakan dan tekan doh di dalam acuan tart.Pastikan tidak terlalu tebal.
Cara membuat sos
5. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan hancur.Sejukkan sebentar.
6. Satukan susu segar, telur, esen vanila, garam ke dalam mangkuk sederhana besar dan kacau sehingga sebati.
7. Campurkan air gula yg sudah dimasak sebentar tadi.Tapiskan sos tersebut.
8. Ambil doh tart dalam acuan tadi dan tuangkan sos ke dalamnya.Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
9.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: Chinese Tart
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF; Pastikan air gula tidak terlalu panas sebelum mencampurkan bersama sos agar telor tidak masak.Bagi menyenangkan proses acuan tart pastikan doh sejuk terlebih dahulu.
- HOKKAIDO COKLAT CHEESE TART

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart :
- 125gm mentega
- 100gm gula aising
- 1 biji telur
- 250gm tepung kek
- 1/2 sudu teh garam
Bahan inti keju :
- 170gm krim keju
- 20gm gula
- 60gm yogurt kosong
- 15gm mentega
- 1 biji putih telur
- 100gm coklat masakan
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
- Campurkan mentega, gula aising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
- Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
- Simpan selama 10 minit didalam peti sejuk untuk memudahkan proses acuan tart.
- Keluarkan doh, dan tekan rata di dalam tat didalam acuan.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa memasukkan dalam acuan tart.
Cara membuat inti keju.
5. Masukkan krim keju, gula, yogurt dan mentega ke dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
6.Sejukkan sebentar sebelum mencampurkan putih telur. Cairkan coklat masak dan campurkan ke dalam adunan keju.
7.Masukkan krim kejua ke dalam doh tat yang sudah ditekankan dalam acuan. .Sapukan telur ke atasnya.
8. Bakar pada suhu 190c selama 15 minit.Gunakan suhu panas atas sahaja. Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: : Tart Jepun
Keistimewaan; Lembut , manis, berkrim dan kaya dengan rasa coklat.
INFO CHEF : Bagi memudahkan keju lembut keluarkan keju di suhu bilik sebelum memulakan memasak.Sentiasa kacau keju semasa memasak agar tidak hangus.
8. HONEYKKI @ APPLE CUSTARD PUFF

BAHAN BAHAN:
Bahan puff pastri :
- 200gm tepung gandum
- 110ml air sejuk
- 20gm mentega
- 1 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
Bahan mentega lapisan:
- 150gm mentega
- 50gm tepung gandum
Bahan inti epal :
- 2 biji epal hijau
- 100gm gula
- 30gm mentega
- 1sudu makan jus lemon
Bahan kastad :
- 125ml susu segar
- 125ml krim putar
- 100gm gula
- 50gm tepung kastad
- 1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK.
Cara buat puff pastri :
- Campurkan tepung gandum, air sejuk, mentega, gula, garam ke dalam mesin penguli dan uli menjadi doh.
- Selepas menjadi doh sejukkan sebentar kedalam peti sejuk bagi memudahkan proses mencanai.
Cara buat lapisan mentega :
- Campurkan mentega dan tepung gandum ke dalam mesin menguli.Ulikan seketika bagi sebati.
- Canaikan menjadi segi 4 dalam anggaran ukuran 4inci x 4 inci. Balut dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.
- Ambil doh puff dan canai menjadi segi 4 bersaiz 8inci x 8inci.Letakkan mentega yang sudah disejukkan di tengah -tengah doh dan tutup doh.
- Canaikan doh senipis yang boleh. Lipat doh yang sudah dicanai dan canai lagi . Ulangi sebanyak 3 kali untuk mendapatkan lapisan puff yang cantik.Setiap lapisan yang dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
- Selepas habis proses mencanai sejukkan puff di dalam peti sejuk selama 15 minit.Potong saiz bulat atau segi 4 mengikut kesuaian anda.Potong setiap 1 biji puff jadi 2 keping puff.
Cara masak inti epal :
8. Kupas kulit epal dan potongkan dadu sederhana. Cuci bersih bersih.
- Masukkan epal yang sudah dikupas kedalam periuk dan campurkan bersama mentega, gula, jus lemon ke dalam periuk. Masak selama 5 minit dan sejukkan.
10.Setelah sejuk ambil 1 keping puff pastri dan letakkan inti epal di tengah tengah doh dan tutup dengan lagi 1 puff di atas.
11. Ulangi sehingga habis inti anda.Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
Cara membuat sos kastad :
12. Masakkan susu segar, krim putar, gula. Didihkan kesemua di dalam periuk.
13. Setelah mendidih masukkan kastad yang dicampurkan sedikit air ke dalam susu yang sudah mendidih.
14.Masak sehingga likat dan sejukkan. Paipkan kastad di tengah tengah puff yang sudah dimasak.
15.Taburkan gula ising diatas puff yang sudah diletakkan kastad.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Tart Jepun
Keistimewaan; Lazat menyihatkan dengan kebaikan khasiat epal.
INFO CHEF: Gunakan epal hijau yang sederhana ranum.
9. KABOCHA PIE TAT.

BAHAN-BAHAN :
Bahan tart :
- 125gm mentega
- 100gm gula aising
- 1biji telur
- 250gm tepung kek
- ½ sudu teh garam
Bahan kabocha:
- 300gm buah labu
- 30gm mentega | dicairkan
- 30gm gula
- 1 biji kuning telur
- 2 biji telur
- 72gm gula perang
- ½ sudu teh garam
- 200ml krim putar
CARA MEMASAK;
Cara membuat doh tart :
1. Campurkan mentega, gula ising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
- Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
- Simpan selama 10 minit di dalam peti sejuk sebentar untuk memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart..
- Ratakan doh dalamn acuan tart . Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa menekan dalam acuan.
- Bakar tart selama 15 minit.
Cara membuat sos kabocha :
- Rebuskan labu yang telah dibersihkan. Rebuskan sehingga lembut. Kisar labu yang telah masak dengan mesin pengisar.
- Campurkan labu yang telah dikisar bersama mentega cair, gula, kuning telur, telur, gula perang, garam, dan krim putar ke dalam 1 bekas yang besar dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan sos kabocha kedalam doh tart yang telah diacuankan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
- Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Korean tat
Keistimewaan; Rasa labu yang lembut dan manis
INFO CHEF; Sebelum memotong pastikan pie betul betul sejuk agar tidak pecah semasa memotong.
10. BOKU PIE.

BAHAN BAHAN;
Bahan doh pie :
- 2 ½ cawan tepung kek
- 130gm mentega
- ½ cawan air
- 1biji telur
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh cuka
Bahan inti :
- 1biji kelapa muda
- 1biji telur
- ½ sudu teh garam
- 160ml air
- 75gm susu tepung
- ¾ cawan gula
- ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu makan esen vanilla
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
- Campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, mentega, air, relor, garam dan cuka kedalam mesin penguli.Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian.
- Setelah menjadi doh canaikan doh sehingga sedikit nipis.Canaikan kedua doh jadikan 2 doh.
- Ambilkan 1 doh dan acuankan kedalam acuan tat.
Cara membuat inti :
- Campurkan kesemua bahan seperti telur, air, susu tepung, gula, garam, tepung gandum, esen vanila ke dalam mangkuk yang besar. Kacau sehingga sebati
- Kemudian masukkan isi kelapa muda ke dalam bahan tadi.
- Masukkan bahan inti ke dalam doh tat yang sudah dimasukkan acuan sehingga penuh.
- Ambil lagi 1 doh dan canaikan nya kemudian tutup bahagian atas inti dan sapu telur di atas doh.
- Bakar selama 30mimit pada suhu 180 C.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Pie Filipina
Keistimewaan; Manis dan lemak dari kelapa
INFO CHEF: Pilih kelapa muda yang banyak isi dan berkualiti agar inti pie lebih enak dimakan.

RESIPI ; CHEF PASTRI MOHD SYAMIR AZMI
TERIMA KASIH : CRYSTAL CROWN HOTEL PJ,No. 12, Jalan Utara, Pjs 52, Petaling Jaya, Selangor
Hidangan Ikan Salmon, Sedap Berjus Sihatkan Jantung

Khasiat ikan salmon memang hebat.. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.

.
Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat kesihatannya. Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.

.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.
1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES

.
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm keping ikan salmon
- 50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
- 50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
- 60 gm bawang besar/ dipotong dadu
- 30 gm bawang putih/ dipotong dadu
- 50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
- 100 gm jus oren/dipotong dadu
- 30 gm halia/ dihiris
- 20 gm mentega
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 180 gm hirisan ikan salmon
- 150 gm yogurt
- 30 gm jintan manis /dikisar
- 30 gm jintan putih /dikisar
- 1 sm halia/dikisar
- 2 ulas bawang putih /dikisar
- Garam secukup rasa
Bahan B:
- 40 gm timun /dipotong dadu kecil
- 30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
- 40 gm yogurt
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON

.
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan salmon
- 150 gm bawang merah /dihiris
- 5 sm halia /dihiris
- 5 ulas bawang putih /dihiris
- 20 gm halba campur
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm yogurt
- 200 gm serbuk kari ikan
- 1 tangkai daun kari
- 60 gm asam jawab
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ‘fillet’ salmon
- 30 gm bawang kecil | dihiris
- 20 gm bawang putih |dihiris
- 20 gm krim keju
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
- Stok ikan secukup rasa
- 60 gm bayam (baby spinach)
- 40 gm serbuk roti
- 40 gm keju parmesan | diparut
- 1 lapis pastri paf
- 1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef : Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA

.
BAHAN-BAHAN :
- 4 filet salmon
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh lada hitam
- 2 sudu makan minyak zaitun
BAHAN SOS :
- 7.5 ml susu
- 118 ml krim keju
- 2 sudu makan daun pengaga (dicincang)
- 1 sudu makan parsli (dicincang halus)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana.
2. Sapukan kedua belah filet salmon dengan minyak zaitun, dan taburkan dengan garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah untuk sepuluh minit atau sehingga kulitnya
lekang dan mudah ditanggal dengan garfu. Balikkan.
3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dalam saucepan dengan api sederhana selama dua hingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati.
4. Kemudian masuk daun pengaga yang telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan.
5. Hidangkan filet salmon yang siap dipanggang dengan sos pengaga. Taburkan dengan daun parsli.
INFO CHEF :
Usap jari anda di atas filet salmon untuk memastikan tiada tulang yang tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil .
(tweezers).
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Gril dan didih
Jenis masakan : Fusion
Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan

