Mak-mak jangan pening nak sediakan hidangan apa untuk famili. Buat sesuatu yang simple tapi sedap. Salah satunya adalah roll. Anak-anak pun suka dan teruja sebab senang nak dimakan. Biasanya budak yang jenis memilih makanan, mereka akan suka makan roll begini.
Cheese Roll atau Sardine Roll sangat sesuai untuk minum petang atau sarapan. Hidangan ini tidak terlalu berat. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Kalau anda buat banyak, boleh simpan sejuk beku. Esok-esok nak makan, ambil dan gorengkan saja.
RASA kongsikan resipi untuk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka makan roll macam ni.
Cheese Roll
Ads
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Bahan inti
Sekeping keju
Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6.Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7.Letakkan keju dan gulung rapi.
8.Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9.Angkat dan toskan.
Ads
Sardin Roll
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
Ads
Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa
Cara membuat
1.Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2.Tumis cili kisar.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5.Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6.Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.
Cara penyediaan
1.Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2.Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3.Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4.Angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sangat sesuai untuk sesiapa yang hendak mencuba buat kuih talam durian untuk kali pertama. Cara yang sangat mudah dengan kisar semua bahan-bahan dan kukus dalam loyang.
KUIH TALAM DURIAN
BAHAN LAPISAN BAWAH PUTIH:
300gm tepung gandum
700ml santan cair
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkn 3 bahan ini dan gaulkan.
Kemudiankisar guna blender bagi mendapat tekstur yang halus.
Tuangkn dalam loyang dan kukus selama 30 minit ( hingga masak ) dengan api kecil.
BAHAN LAPISAN ATAS:
1/2 sudu tepung beras
300gm tepung gandum
700ml santan cair
350gm gula
Sedikit pewarna kuning
Isi durian (ikut banyak mana yang kita suka)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan-bahan dan kisar guna blender.
Tuangkan dalam loyang tadi tapi selepas lapisan bawah sudah masak.
Masa masak sama juga selama 30minit (sehingga masak) dengan api kecil.
Saiz loyang: 12″ x 12″
Tips mahu adunan licin:
Ketika tuang adunan dalam loyang gunakan penapis (rujuk gambar). Penapis akan menghalang adunan yang berketul atau tidak hancur dari masuk.
Tutup pengukus betul-betul rapat supaya jangan bagi air jatuh ke dalam adunan ketika kukus. Sebab nanti permukaan akan jadi gelembung.
Pisang atau keledek goreng antara hidangan petang yang boleh hari-hari kita layan. Tapi biasanya kita beli saja di gerai tepi jalan sebab rasanya lebih sedap. Paling penting pisang goreng ini ranggup, dan inilah yang buat kita ketagih nak beli hari-hari.
Namun begitu kita juga sebenar boleh hasilkan pisang goreng macam jual di gerai asalkan tahu bancuhan atau sukatan tepung yang digunakan.
Nak cuba? Boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Normala Kori. Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.
Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap
Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.
Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
-1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).
2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.
5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.
6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.
Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.
Petang macam ni tengah fikir apa yang sedap nak makan dengan bahan-bahan yang terhad ada di rumah. Teringat pula kenikmatan bubur sum sum aduhai bila disiram dengan gula melaka memang tak terkata. Buat kemudian simpan dalam peti sejuk. Memang tak jemu makan.
Bubur Sumsum
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Daun pandan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati. Api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul.
2.Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
3.Padam api dan tuangkan dalam acuan atau dalam bekas. Sejukkan.
Air gula
3 ketul gula Melaka
Sedikit gula putih(ikot kemanisan masing-masing)
Air daun pandan
Cara memasak:
Campur semua dan masak atas api… Siap, Masukkan dalm peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dua-dua. Potong Bubur Sumsum siram dengan air gula.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.