Sekarang ni semua orang tengah tergila-gila nak makan durian, tapi tak semua tahu cara yang betul nak pastikan durian yang dibeli tu berbaloi ke tak, biasalah penjual durian sekarang fikir untung je, kepuasan pelanggan pun diabaikan. Ini yang admin nak kongsikan tips macam mana nak beli durian yang tak merugikan kita sebagai pembeli. Tips ini telah di kongsikan oleh Haji Yussof Ali di Facebook, korang bolehlah guna tips ni nanti bila nak beli durian.
1. Pastikan durian tersebut tak merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang sudah merekah dikhuatiri telah lama, mungkin sudah sehari lebih. Jadi, sudah tidak fresh. Lagi pun, gas dari durian itu sudah hilang, jadi bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia sudah tidak ada.
Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuatkan isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas dan mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
Selain itu, pastikan kulit luarannya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
2. Jangan beli durian tangkai yang kecut
Sebab tangkai yang kecut atau gelap selalunya buah yang lama (sudah lama jatuh dari pokok), mungkin sudah 2 hari. Kalau berlendir dan masih cerah, ia segar dan baru jatuh dari pohon. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap.
3. Bau terlebih dulu di buntut durian
Kalau bau sedap, lemak, elok ambil saja. Tetap kalau bau tidak berapa ada, cuba pilih yang lain dulu. Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi. Jika sudah merekah dan kehitaman pula warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk.
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang bau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.
4. Goncang durian terlebih dulu sebelum beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tidak ‘mangkaq’ atau keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.
5. Suruh taukeh durian tebuk dulu durian
Ini untuk memastikan durian itu confirm sudah masak, tidak keras dan coleklah sedikit untuk rasa. Biar puas hati baru beli.
6. Pastikan duri durian itu keras
Cuba rasa duri pada buah durian itu. Tekan dengan jari. Kalau buah itu lama, durinya akan lembut. Kalau masih baru lagi akan keras.
Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.
7. Tanya dulu durian itu dari mana
Saja-saja test taukeh durian itu, betul ke durian itu durian setempat. Kot-kot lah durian siam. Sesetengah orang tidak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat saja lah. Durian dari Batu Kurau dan Balik Pulau is the best.
8. Tanya taukeh kalau buah tak masak boleh tukar tak?
Kalau taukeh yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian itu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, akhirnya dapat sumpah seranah costumer.
Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. Penjual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati juga.
9. Saya nak buah isi kuning!
Kalau anda hendak buah durian yang isi kuning, bagitahu saja taukeh itu. Kalau dia berpengalaman, senang saja dia pilih. Kalau dia kata tidak tahu, nasiblah.
Anda suruh dia potong sikit tangkai buah durian itu. Ada nampak urat-urat di tengah-tengah tangkai, kalau warna kuning sikit, insya Allah isi durian di dalamnya kuning. Kalau tidak, mungkin putih.
10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah di bawah buah
Sebenarnya, taukeh durian letak getah sebab nak mengelakkan durian itu merekah.
11. Pilih buah yang bentuk macam jantung
Selalunya buah durian yang bentuk jantung ini, isi dia memang elok. Susah nak jumpa yang problem. Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi tebal, manis dan biji kecil.
12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul
Selalunya buah durian jenis ini tak pernah mengecewakan.
13. Pilih buah yang bertangkai panjang
Pilih durian jenis ini, selalunya buah durian yang bertangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita (ini serius).
SELAMAT MEMBELI DURIAN!
Kredit: Haji Yussof Ali