Jantung pisang tumis pedas ini antara lauk yang dah jarang kita jumpa sekarang. Selalu dimasak oleh orang tua sama ada mak atau nenek kita.
Tapi sekali dah rasa masakan ini memang takkan lupa, sedap sungguh. Bagi yang merindui hidangan ini boleh cuba masak sendiri.
Jantung pisang – sederhana besar
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Belacan
Ikan bilis
Udang kering (jika suka)
Serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa
1. Jantung pisang direbus hingga agak lembut kemudian potong.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan, ikan bilis serta udang kering hingga hancur.
3. Panas kuali dengan minyak secukupnya kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, bersama serbuk kunyit untuk memberi warna. Biarkan mendidih kemudian perasakan dengan garam, gula serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan jantung pisang yang dipotong. Kacau rata seketika dan tutup api. Siap.
Kredit resipi & foto: Nurul Nadia
Baca: Petua Pilih Jantung Pisang Supaya Tak Dapat Yang Pahit. Guna 2 Cara Ini