Japanese Cotton Cheese Cotton Gebu Gabas, Ummph Kaya Rasa Keju.

Share

Ni resipi yang menjadi kegemaran ramai kini, kek keju berkrim yang gebu, lembut dan cair di tekak. Sesuai dijamu pada tetamu dan juga menepati citarasa penggemar keju.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Rozaini Abu Bakar.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


BAHAN-BAHAN :

Bahan A
150g krim cheese
50gm mentega
100g susu cair

* Masukkan dlm bekas semua bahan tu dan masak atas api yg sederhana
* Kacau sampai x berketul. Tutup api. Ketepikan.

Bahan B
6 biji putih telor
100gm gula castor
1/2 sudu kecil krim of tar tar

* Putar ketiga bahan ni sampai jadi meringue atau bertanduk.
* Yang ni penting. Kalau putih telor tak bertanduk kek akan bantat..

Bahan C
6 biji kuning telur
100gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

* Masukkan semua bahan C kedlm mangkuk. Kacau. Guna senduk je.
* Masukkan pula bahan A ke dalam bahan. Kacau lagi.


* Kemudian masukkan adunan putih telor ( bahan B) tadi. Masuk sedikit-dikit kacau secara kaup balik sahajaa.
* Masuk dalam loyang dan bakar dalam oven secara double boil. Suhu 180 selama 1 jam

Credit : Rozaini Abu Bakar
Via FB : Geng Makan.

Published by
Faridah Talib