Jejari Ketam Goreng, Guna Tepung Cucur Udang Tak Payah Tambah Perisa Lain

Share

Jejari ketam goreng ini tengah viral sekarang. Sebab ianya mudah dan sedap pula terutama bila dimakan panas-panas. Untuk kudapan seisi keluarga memang sesuai. Tak kira untuk sarapan, minum petang atau untuk kudapan ringan waktu malam.

Bahkan, buatkan untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai sangat. Resipi yang dikongsikan oleh puan Mieyda Asmieyda ini, menggunakan tepung cucur udang Adabi. Tapi kalau guna yang ikan bilis pun boleh. Ikut selera masing-masing. Katanya lebih sedap dan tak perlu tambah apa-apa perisa lain dah. Cubalah ye.

Jejari Ketam Goreng

Bahan-bahan:

Jejari ketam (potong 2)

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bancuhanan Tepung:

1 pek tepung cucur udang Adabi satu plastik

½ cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 biji telur

Air

Cara Memasak:

 

Masukkan tepung cucur udang ke dalam bekas. Tak payah tambah perasa lain dah sebab dah cukup rasa. Tambah sebiji telur untuk bagi lagi rangup.

Kemudian masukkan air sikit demi sedikit dan kacau.  Adunan jangan terlalu cair dan jangan pekat sangat ye. 

Setelah itu, masukkan jejari ketam ke dalam adunan tepung dan biarkan ia bersalut rata.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila dah cukup panas, masukkan jejari ketam dan goreng hingga ia masak. Angkat dan toskan. Siap. Cicah dengan sos. 

Lebihan tepung cucur tadi janganlah buang. Boleh buat cucur/cekodok. Boleh tambah cili padi dan bawang Holland dan daun kucai untuk lebih sedap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa