
Jejari ubi keledek versi cucur udang sangat sedap jika dihidangkan ketika minum petang. Rangup bila dimakan buatkan kamu susah nak berhenti mengunyah. Jangan simpan lama-lama resipi segera cuba ya!
RESIPI JEJARI UBI KELEDEK GORENG UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji ubi keledek di sagat rendam dalam air garam.
- 3 cawan tepung gandum*
- 2 cawan tepung jagung*
- 1 biji telur*
- Garam, serbuk black paper serbuk* kunyit kalau nak pedas letak cili flake*
- Air kiub.
- Udang tuk letak diatas
CARA MEMASAK:
- Gaul sebati semua yang bertanda *. masukan ais kiub kalau yang kiub kecil masukan dalam 2 gelas kacau sebati ais hancur adunan ni kena cair ya.
- Last masukkan keledek sagat tadi gaul hingga sekata.
- Minyak menggoreng biar tenggelam adunan tersebut, minyak biar betul2 panas.
- Masukan adunan gunakan sudu atau senduk dan celup udang dalam adunan & letak di atas adunan keledek goreng dan balik2kan nampak garing angkat toskan.
- Dah selesai boleh dimakan dengan cili sos. Kruk krak… Sedap sangat. Selamat mencuba
Kongsi resipi: Xiyans Muhamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan Goreng Garing Sedap, Tapi Isinya Juicy. Tip Goreng Ini Kena Tahu

Ikan goreng garing saja pun tapi boleh jadi lauk yang cukup enak kalau dalamnya juicy tak keras. Makan dengan nasi panas dan kicap saja pun dah cukup sedap.
Tapi untuk dapat hasil ikan goreng yang begini memang ada tekniknya terutama Ketika menggoreng. Dikongsi oleh Ben Safwan boleh gunakan tip ini ya.
Tip goreng ikan garing tapi dalamnya ‘juicy’

1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak, sebaiknya minyak banyak kemudian masukkan ikan.
3. Gunakan api sederhana, goreng ikan 6-7 minit sebelum terbalikkan. Jika ikan sudah boleh dibalikkan tanpa tertanggal kulit bermakna ikan sudah masak. Goreng 3-4 minit lagi untuk bahagian sebelah lagi. Kemudian bolehlah diangkat dan tos minyak.
4. Lagi sedap jika ikan goreng ini dihidangkan panas-panas. Boleh makan dengan nasi dan diratah.

Info: Ikan ini memang hanya digaul dengan garam tanpa kunyit. Lebih asli rasanya.
Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Bagi memastikan ikan tak melekat, minyak hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Agak-agak sedikit berasap barulah dimasukkan ikan.
Kredit : Ben Safwan
Baca Lagi: Letak Asam Jawa, Tip Buat Ikan Goreng Jadi Makin Sedap
Buat Sendiri Bingka Jagung, Puas Hati & Makan Puas.

Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.

BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kastard
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu besar mentega
- 4 biji telur
- Secubit garam
- 1 tin jagung krim manis
- Biijan untuk hiasan
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan.
4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api.
5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya.
6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam.
7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar.
8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
3 Dessert Pelengkap Hidangan, Wajib Cuba!

Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.

PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
- 1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
- 1cawan tepung kastard
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
- 11gm agar-agar serbuk
- 800gm air
- 5 sudu makan gula
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
- Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
- Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
- Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
- Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
- Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.

SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas nangka masak | hiris nipis
- 1 cawan biji sagu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
- 2 ketul gula melaka
- 1 cawan air
- 2sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
- Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
- Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
- Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.

KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
- 150gm tepung beras cap teratai
- 70gm tepung ubi kayu
- 600ml santan cair
- 3 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
- 100 ml santan
- 3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
- Lidi kecil secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
- Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
- Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.

