Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

 

Buat yang sering di kaca televisyen menonton program memasak Ketuhar Kuali bersama Aunty Aini dan Adam Didam di Astro Prima dan Maya HD harap jangan berganjak.

Istimewanya program masakan diminati ramai kali ini lebih bergaya santai dengan meneroka masakan di Asia Tenggara. Jelajah Rasa Nusantara merupakan sebuah siri TV travelog dan memasak berdurasi 30 minit yang menampilkan dua jenis hidangan dari Malaysia dan negara Asia Tenggara dalam setiap episod. Ili Sulaiman dan Adam Didam akan mengetengahkan perbezaan dan persamaan di antara kedua-dua jenis hidangan.

Kedua-dua pengacara akan meneroka hidangan secara berasingan di dua lokasi berbeza sebelum mereka mempelajari resepi dan cuba memasak dengan gaya yang tersendiri.

Pada penghujung episod, kedua-dua pengacara tersebut akan merasa dan memberikan pendapat mereka serta membuat kesimpulan sama ada kedua-dua hidangan itu sama atau tidak.

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

Kelainan program

“ Kami telah bertemu sebelum ini dalam satu majlis dan pernah masak bersama ( live cooking demo) . Jadi tidak ada masalah untuk mencari keserasian. Treatment program ini sangat lain. berbanding RASA musim kedua. Kami berjalan-jalan , kenal tempat baru, pergi ke pasar membeli makanan lokal dan menerokai makanan tempatan. Contoh di Vietnam , Ili ke kedai makanan halal dan Adam pula pergi ke Bangkok dan Filipina. Sebagaimana yang kita susah mencari makanan halal di Filipina. Jadi kami menerokai lokasi makanan halal. Antara negara yang dikunjungi ialah Jakarta, Vietnam, Thailand, Filipina.

Selepas explore makanan tersebut dan merasa keenakkannya dan kami pun pelajari cara membuatnya. Dalam satu segmen ini kami belajar cara membuat makanan tersebut. Sekembali di Malaysia, apa yang kami pelajari akan dimasak dengan cara air tangan Adam dan Ili.,” jelas Adam

IKLAN

Episod pertama menampilkan perbezaan antara Nasi Uduk dan Nasi Lemak. Ili akan ke Indonesia untuk merasai sendiri keunikan nasi uduk, yang menjadi kegemaran di Indonesia. Dia juga akan belajar cara membuat nasi uduk dari pengusaha nasi uduk yang cukup berpengalaman di Jakarta. Dalam masa yang sama, Adam mengembara di sekitar Kuala Lumpur untuk merasa dan mencari lebih maklumat tentang Nasi lemak dan cara pembuatannya. Akhir sekali, kedua-dua pengacara akan memasak nasi uduk dan nasi lemak bersama-sama sebelum membuat kesimpulan tentang persamaan dan perbezaan di antara nasi uduk dan nasi lemak.

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

 

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

 

 

Program sebegini memberitahu masyarakat bahawa walaupun suatu masakan itu kelihatan sama namun hakikatnya cara memasaknya dan rasanya juga berbeza. Setiap negara mempunyai stail masakan tersendiri.” Contoh rasa mi celop Kelantan lain rasanya dengan mi celop di Vietnam. Begitu juga rasa satay, apam balik dan kerabu juga berbeza,”tambah Adam.

IKLAN

Akui Ili makanan di Asia Tenggara ini banyak yang seakan-akan sama kerana penggunaan bahannya sama oleh kerana faktor iklim yang sama. Kalau ingin dapatkan rasa yang sama seperti mana makanan yang dicuba di negara tersebut, penggunaan bahan juga perlu diambil kira.

Pengalaman

Sebagai orang yang mahir dan berpengalaman dalam masakan, terang Ili dan Adam tidak semua yang mereka ketahui.” Terus terang banyak perkara baru dalam masakan yang kami pelajari. Ili banyak belajar cara memasak. Contohnya di Jakarta, makcik buat apam balik , mereka panggil martabak memang dia telah usahakan 30 – 40 tahun. Tip yang diberikan tidak menggunakan kuali non stick. Mulanya mereka enggan berkongsi rahsia masakan tetapi bila Ili duduk berbual, barulah dia mahu bercerita dan berkongsi ilmu.

Perbezaan bahasa juga memberi masalah untuk mendapat tahu sesuatu masakan malah ada yang bercerita sambil menunjuk pelan dan demo supaya Ili memahaminya. Ia menarik kerana kita tak akan jumpa orang sebegini berkongsi rahsia masakan mereka. Bagi Ili, bila kita pergi menemuinya dengan ikhlas hendak belajar supaya boleh berkongsi ilmu tersebut dengan masyarakat , mereka memberi kerjasama yang baik,” jelas Ili.

 

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

IKLAN

Cabaran

“Cabarannya ialah kami kena makan on camera dan selepas itu off camera tuan kedai mempelawa makan lagi. Wow rezeki kami murah. Ili rasa hanya di Asia tempat di mana tuan kedai akan bagi free food kalau buat rancangan masakan. Semua memberi kerjasama yang baik,” akui Ili.

Antara masakan istimewa bagi Adam ialah mi celop kerana banyak langkah untuk membuatnya. Bagi Ili pula ialah Lumpia seperti popia. Setiap negara di Asia ada popia dan mengundang rasa nostalgia.

“Jadi anda mesti saksikan program terbaru ini kerana ia bukan sepenuhnya rancangan masakan,namun lebih ke arah travel documentary cooking show. Di mana ada sedikit tentang masakan sambil berjalan-jalan. Boleh beli barang ke pasar tempatan dan masuk dapur dan masak secara santai.

Ini bukan program untuk beginner tetapi mereka yang sudah arif dengan dapur dan ia berikan inspirasi dan membuka minda untuk mempelajari resipi di Asia Tenggara,” cerita Ili menutup bicara.

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

 

Jelajah Rasa Nusantara, Tonjol Keunikan Masakan Asia Tenggara

FOTO : IDEAKTIV & PRODUKSI ASTRO

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI