Jeli buah comel atau agar-agar buah ini antara hidangan yang sesuai sebagai pencuci mulut selepas berbuka. Tambah pula kalau cuaca panas, memang menyegarkan selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Dibuat menggunakan acuan lompang, boleh letak ikut jenis buah yang disukai. Jeli buah yang sudah keras dan dikeluarkan dari acuan ni memang nampak comel dan menyelerakan sangat.
10gm serbuk agar-agar (clear)
200gm gula pasir halus
1 liter air
Buah strawberi (potong dadu)
Buah kiwi (potong dadu)
Buah mangga (potong dadu)
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut.
2. Masak sampai mendidih, tutup api.
3. Tuang dalam acuan yang sudah berisi buah.
4. Simpan dalam peti sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap
INFO
– Jika suka boleh juga membuat agar-agar susu, cuma bila tidak berwarna isi buah Nampak jelas. Lebih menarik.
– Selain acuan kuih lompang boleh juga acuan lain yang ada di rumah.
Petua untuk agar-agar menjadi sedang elok, tak keras dan tak lembik ikut saja sukatan agar-agar dan air ini;
-10 gm agar-agar serbuk/tali = 1 liter air
-20 gm agar-agar serbuk/tali = 2 liter air
-30 gm agar-agar serbuk/tali = 3 liter
Kredit resipi & foto: Miz’s Shaliza
Baca lagi: Agar-Agar Permata 5 Bahan, Resipi Istimewa Dari Bonda Di Kampung
Mesti Baca: Agar-Agar Yogurt Buah Campur, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk