Cuaca panas dapat makan jeli kelapa muda memang sungguh nikmat. Selalunya kalau nak makan jeli ni kita beli. Sebenarnya membuat jeli kelapa muda ni pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Boleh cuba buat ikut resipi oleh Zuria Zubir. Sebelum makan sejukkan dahulu, gerenti tak cukup satu.
JELI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
1 jug besar air kelapa
8 cawan air
2 cawan gula
Ads
1 paket serbuk jeli kelapa
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.
2.Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.
3.Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.
Ads
4.Masukkan juga daun pandan.
5.Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.
6.Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.
7.Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Walaupun dunia semakin moden dan muncul kuih versi baru yang hipster, kuih berasaskan pulut ini tetap ada peminatnya yang tersendiri. Korang tengoklah tiga kuih ni pasti jadi buruan ketika sarapan atau minum petang.
Kuih tradisi macam ni kita kena belajar buat sendiri. Bukan apa. Jangan sampai resipi ni hilang.
PULUT INTI
Bahan-bahan
Bahan pulut:
4 cawan pulut
100 ml santan pekat
Secubit garam
Bahan inti:
1/2 biji kelapa diparut
2 sudu besar gula Melaka
secubit garam
Cara memasak:
1) Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2) Kukus pulut setengah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan santan dan garam, gaul rata.
4) Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
5) Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
6) Setelah inti pekat dan melekat, tutup api.
7) Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
8) Bentangkan sehelai daun pisang yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8) Menggunakan scope aiskrim, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
9) Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering (direndam dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan manis (disangai dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (disangai dan dikisar)
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125 gm cili boh
125 ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara memasak
1) Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2) Kukus pulut setengah masak.
3) Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4) Kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
5) Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
6) Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
7) Seterusnya masukkan serai, halia, lengkuas, kunyit, serbuk jintan manis dan putih. Kacau rata.
8) Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula secukup rasa.
9) Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10) Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak.
11) Letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
12) Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
13) Akhir sekali panggang sehingga masak dan garing.
PULUT SERONDENG KELAPA
Bahan pulut
250 gm
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu teh garam
Bahan serondeng
200 gm kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1) Basuh pulut kemudian dan kukus sehingga masak.
2) Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3) Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4) Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serondeng. Jangan terlalu garing.
5) Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
6) Gaulkan pulut atas serondeng.
7) Sedia dihidangkan.
Tutti Frutti Tart Cookies ni memang mudah dibuat. Kalau buat niaga pasti laku keras. Yang penting jangan lokek inti, inti tu yang buat sedap.
Ni resipi dari Mariana Zainal, katanya,“Kalau tak mahu bubuh dalam tart shell, boleh aje bubuh dalam paper cup.” . Tapi sekarang ni kalau tak rajin nak buat tart shell (kulit tart) ni boleh aje beli dah siap.” Tapi kalau min kalau nak puas hati buat sendiri kulit tart tu , boleh buat banyak sikit.
TUTTY FRUTTI TART COOKIES (Resipi Mariana Zainal)
Bahan kulit tart(Tart Shell) :
290gram tepung gandum
170gram mentega
50gram gula aising
1 bji telur gred c
Sedikit esen vanilla
Bahan inti:
500gm cornflakes(marliana guna yang kecil beli di bakeri)(kalau beli yang biasa ramas sikit2 ja)
1 cawan badam slice(bakar)
1 cawan badam nibs(bakar)
1/2 cawan walnut (bakar) *opsyen takde pun tak apa
1/2 cawan ceri merah
1/2 cawan ceri hijau
3/4 cawan madu
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (semua kekacang bakar sekejap 8-10minit)
CARA PENYEDIAAN: Cara buat kulit tart : 1. Satukan mentega dan gula aising. Kacau hingga sebati, dah sebati masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. 2.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh. 3.Simpan doh dlm peti ais selama 1 jam(barulah kulit tart cantik). 4.Teraplah guna acuan,cucuk-cucukkan bahagian dalam/tengahnya sikit.. 5.Bolehlah bakar pada suhu 180*c api atas dan bawah, selama 18-20 minit, dah sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Cara buat inti : 1. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan gula. 2. Apabila gula dah mencair masukkan madu, masak hingga berbuih ganas. 3. Dah berbuih ganas masukkan cornflakes,badam2,walnut,ceri merah/hijau. Kacau sebati dan tutup api. 4. Masukkan inti dalam shell tart,tak payah penuh sangat. Bakar 5 minit suhu 180* api atas dan bawah. (jika inti masih berbaki boleh masukkan dlm papercup yang kecil dan bakar 5 minit juga) 5. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Bagi anda yang suka makan Kuih Lapis atau baru nak cuba buat kuih tradisionalni, resipi perkongsian saudari Siti Salmah ni antara yang terbaik. Memang mudah dan senang nak ikut. Malah, ia juga cepat masak sebab guna acuan lompang dan tidak mengggunakan loyang. Jadi bagi anda yang baru nak belajar buat kuih ni, memang mudah dan boleh buat dalam jumlah yang sedikit. Jom cuba! Sedap ni kalau buat untuk minum petang.
KUIH LAPIS MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 ½ cawan santan pekat – guna santan kotak
3 cawan air
3 cawan tepung beras
6 sudu makan tepung gandum – sudu plastik
6 sudu makan tepung jagung
1 ½ cawan gula
1 sudu teh (sudu kfc) garam
Pewarna merah & hijau secukupnya
Sedikit perasa ros & pandan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan panaskan hingga agak-agak suam kuku. Tutup api.
2. Kemudian masukkan semua tepung, gula dan garam. Kacau guna pemukul (whisk) supaya tidak bergentel.
3. Kacau adunan hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air dalam 1/2 cawan. Angkat dan tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan perasa ros, manakala satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan perasa pandan.
5. Panaskan periuk kukusan dan oles sedikit minyak pada acuan lompang.
6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Sukatannya 1 sudu makan adunan untuk setiap lapisan.
7. Sebelum tuang lapisan kedua, tekan perlahan lapisan pertama tadi. Jika masih bertepung (belum masak), biarkan seketika. Jika dah masak, baru dituang lapisan seterusnya.
8. Ulang langkah melapis yang sama hingga adunan habis.
9. Setelah kuih masak, sejukkan dan bolehlah dinikmati.