Seiring dengan perkembangan zaman, dunia masakan juga semakin berkembang dengan pelbagai resipi baru tercipta. Bahkan, resipi-resipi tradisi juga turut diolah dan diberikan sentuhan moden.

 

 

KUIH BAKAR KACANG HIJAU

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kacang hijau yg telah direbus  | simpan sedikit untuk hiasan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Beberapa titik pewarna hijau

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati.  Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
  3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak  telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.

 

Info chef:  Boleh gunakan santan kotak.

 

 

 

BUBUR NANGKA SAGU

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan sagu | rendam ½ jam
  •  1 cawan santan
  • 1 cawan Air
  • 1 cawan nangka | disiat
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan sagu dan masak hingga kembang.
  3. Masukkan gula, hirisan nangka dan santan.
  4. Kaca rata sehingga sedikit mendidih. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef:  Boleh juga gantikan santan dengan susu cair.

 

 

IKLAN

BREAD & PUDDING WITH BERRIES

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 12 keping roti putih
  • 125ml mentega
  • 2 cawan frozen berries

 

BAHAN UNTUK KASTARD:

  • 2 cawan susu
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 3 biji telur
  • 100gm gula
  • Gula ising secukupnya untuk ‘dusting’
  • Buah beri merah dan strawberi segar secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Potong roti bentuk tiga segi. Sapu mentega.
  2. Oles bekas ramekin dengan mentega dan susun roti di dalam bekas ramekin.
  3. Campur semua bahan kastard dan tuang di dalam bekas tadi. Tabur buah beri merah dan strawberi. Sejukkan sebentar di dalam 10-15 minit di dalam peti sejuk sebelum bakar pada suhu 165C selama 30-40 minit.
  4. Setelah sejuk, tabur sedikit gula ising di atasnya. Sedia dinikmati.

 

Info chef: Enak dimakan sejuk.

 

 

 

KUIH TALAM PELANGI

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, purple

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula.
  2. Masukkan air dan santan pekat. kacau sebati. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapis
  3. Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan masukkan pewarna.
  4. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang dan alas plastik (plastik mesti besar sikit dari loyang)
  5. Masukkan 1 bahagian warna (warna bawah sekali – ungu) dan kukus selama 10 minit  atau sehingga adunan keras sikit. Ulangi langkah ini sehingga semua 6 warna habis.
  6. Kukus selama 20 minit untuk adunan terakhir.
  7. Sejukkan dahulu baru potong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat. Sedia dinikmati.

 

Info chef:   Guna loyang empat segi 7 x 7 x 3 inci.

 

 

PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 sudu teh  baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna pink secukupnya
  • 2 sudu teh  kordial air sirap
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
  • Kacang merah secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.

 

Info chef:  Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.

IKLAN

 

 

KUIH SAGU MANGGA

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan biji sagu | rendam selama 1 jam
  • 2 ½ cawan air
  • ½  cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan santan
  •  1 helai daun pandan | simpul
  • Secubit garam
  • Mangga potong dadu secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Basuh dan tos sagu yang telah direndam. Campurkan dengan air dan gula. Masak atas api hingga kembang.
  2. Di dalam periuk lain, masak santan dan masukkan secubitr garam. Masukkan juga daun pandan simpul tadi. Masak hingga mendidih.
  3. Setelah semua sejuk, senduk sagu ke dalam mangkuk dan tuang kuah santan. Tabur mangga yang dipotong dadu.
  4. Sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Enak dimakan sejuk.

 

LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG

Jemu Makan Biskut Cuba Pula 7 Jenis Kuih Tradisi Ni, Memang Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji pisang masak ranum
  • Tepung gandum secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Secubit garam
  • Jem strawberi secukupnya
  • Hirisan pisang secukupnya
  • Sedikit minyak sayur

 

CARA MEMASAK:

  1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya.
  2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya.
  3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Sedia dinikmati.

 

Info chef:  Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI