Jemu Makan Mi Goreng Biasa? Cuba Mi Daging Ni. Memang Sangat Sedap!

Share

Bila tiba malam, nasi ni dah tak berapa nak makan nasi dah. Kalau hidangan mi atau bihun, bolehlah juga. Tapi, kalau asyik makan mi goreng yang biasa buat tu pun naik jemu juga.

 

Kalau anda ada masalah seperti diatas ni, boleh cuba resipi MI DAGING ni. Comfirm tak tolak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

MI DAGING POWER

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm mi kuning
  • 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
  • 100gm brokoli | potong kecil
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan stok daging/air
  • 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
  • 4cm halia muda | hiris halus/nipis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CUBA JUGA:

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
  3. Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air.  Didihkan seketika.
  4. Masukkan mi kuning  dan brokoli.  Masak hingga lembut.
  5. Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
  6. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.

 

 

Published by
Nur