Selamat Hari Kopi Seduna kepada semua Coffee Lovers
Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.
Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yang tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yang lain.
Ads
Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yang ingin dibeli dan sesuai dengan citarasa anda.
1. ARABIKA
Foto : teavillage.com
Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dari Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.
Foto : dankoff.com.my
Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yang lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal daripada robusta. Arabika adalah kopi yang paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik daripada pengkaji kopi.
2.ROBUSTA
Foto : ecplaza.net
Kopi robusta dapat tumbuh di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk penanaman kopi arabika namun lokasi yang paling baik adalah pada ketinggian tanah 400-800 meter dari aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.
Hampir sama rupa dengan kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yang lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dengan gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik untuk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.
3. LIBERIKA
Foto :misteransel.com
Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yang berasal dari Afrika, tepatnya dari Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dapat tumbuh hingga 9 meter tingginya
Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , banyak negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.
Ads
Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus daripada kopi liberika ke dalam sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.
4. KOPI LUWAK
Foto :bali-divine-island.blogspot.com
Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dari biji kopi arabika atau robusta yang dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.
Musang ini akan menelan buah kopi yang sudah berwarna merah lalu memprosesnya dengan enzim yang berada di dalam perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dari buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.
Ads
Foto : grubstreet.com
Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yang sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yang tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Boleh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yang berpengaruh pada ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yang paling mahal di dunia.
5. EXCELSA
Foto :amazon.com
Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dari pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan rasa buah-buahan tapi dengan rasa kopi hitam.
Rasanya memang unik dan rasa yang amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dalam campuran jenis kopi lain. Jadi mana satu yang lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yang ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dengan jenis kopi yang lain pula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Baru beli dua tiga hari buah strawberri dah lembik, ada yang busuk dan langsung tak segar, ruginya! Jangan mengeluh, ini ada tip bagaimana memilih, membersih dan menyimpan buah strawberri yang dibeli supaya tidak mudah busuk dan kekal segar.
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah pastikan anda pilih buah yang tidak layu dan tiada cacat cela. Kemudian tekan buah strawberri untuk kenalpasti masih segar dan tidak lembik. Pastikan juga buah berwarna merah terang dan berkilat.
Semasa membersihkannya, cuci segala kotaran yang melekat pada strawberri di bawah air mengalir. Kemudian rendam dalam air garam selama beberapa minit, kemudian toskan airnya. Untuk tahan lebih lama, simpan dalam freezer.
Tip menjaga kesegaran buah stawberri
Pilih strawberri yang masih berdaun segar dan warna buah berwarna merah cerah.
Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas bertutup. Elak meletak strawberri di luar aromanya boleh hilang dan buah menjadi kecut.
Sebelum sedia digunakan, seeloknya letakkan di tempat dengan suhu bilik. Ini membantu penyerapan vitamin.
Boleh juga cuba dengan cara cuci strawberri dan rendam dalam larutan air garam beberapa minit kemudian tos dan keringkan di atas tisu dapur sebelum dimasukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara yang sama boleh digunakan untuk mencuci buah-buah berri yang lain.
Sudah basuh tangan dengan sabun tapi bau bawang merah yang melekat pada tangan lepas kupas dan hirisnya masih tak hilang. Jangan risau ada empat cara mudah boleh menangani bau bawang merah yang degil ini:-
Cuka
Titiskan beberapa titis cuka makan pada tangan dan ratakan keseluruh tapak tangan , kemudian cuci dengan sabun seperti biasa. Ini kerana bau cuka yang tajam boleh menutralkan bau bawang merah yang kuat.
Kopi
Serbuk kopi juga terkenal mampu menghilangkan bermacam bau di dalam rumah mahupun dalam kereta. Sudah pasti, ia boleh juga menghilangkan bau bawang merah yang melekat pada tangan. Caranya mudah je, ambil satu sudu makan serbuk kopi dan ratakan pada tangan dan gosok-gosokan, kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa. Gerenti bau bawang akan hilang.
Ubat Gigi
Cara lain anda boleh gunakan ubat gigi yang mengangdungi florida untuk mencuci tangan berbau bawang, kemudian cuci dengan air bersih. Ia sangat mudah.
Gosok Tangan Pada Peralatan Stainless
Jika bau bawang masih melekat pada tangan, apa kata anda usapkan tangan pada perlatan dapur yang diperbuat dari stainless di bawah air mengalir eselama beberapa minit. Stainless dikatakan boleh menutralkan bau bawang yang kuat pada tangan.
Berhabis wang beli produk yang beratus harganya, apa kata cuba petua guna 3 bahan ni. Bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah membantu untuk kuatkan lutut juga.
Bahan Kuatkan Lutut Dan Kurangkan Berat Badan (3 Bahan Sahaja) Tip bagaimana cara nak guna bahan ini:
Cara untuk susutkan berat badan:EPAL, kalau nak turunkan berat badan, minum jus epal hijau atau makan epal satu kali selama seminggu. Tahu apa fungsi epal hijau? Epal hijau membantu membuang lemak di celah-celah otot perut.
Selain itu, segala kanji, karbohidrat yang kita makan akan dihakis dari dinding usus kita. Peringatan: Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan dengan cara lain. Sekiranya jus, kena tunggu selama 15-20 minit untuk makan makanan lain.
LEMON, tujuannya untuk detoksifikasi. Selesai makan epal atau minum jus, cuba makan pula lemon atau minum jus lemon 1 biji sebelum sarapan ataupun 1 biji sebelum masuk tidur setiap hari. Kalau tak nak rasa masam, campur dengan madu dalam jus lemon ataupun letak gula perang. Dalam masa 2 minggu sahaja, lihat perubahan.
BENDI, untuk kuatkan sendi lutut, potong bendi nipis nipis dan rendam dalam air panas. Minum pada keesokan hari sebelum sarapan pagi. Yang penting, amalkan setiap hari okay!
Dalam masa sebulan, insyaallah ada kesannya. Selamat mencuba semua!