Masalah rambut gugur semestinya menghantui wanita. Menurut pakar, masalah rambut gugur ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, folikel rambut tersekat, kekurangan zat dan vitamin, anemia, perubahan hormon, faktor genetik, melahirkan anak dan banyak lagi.

Untuk mengatasinya, ada pelbagai cara serta langkah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah menerusi pengambilan makanan yang berkhasiat serta bagus untuk rambut. Pengambilan sumber-sumber makanan ini boleh membantu menguatkan akar, menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan melindungi struktur rambut agar lebih cantik dan tidak gugur. 

MAKANAN UNTUK RAMBUT YANG KUAT & SIHAT

 

1. SALMON

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

  • Salmon adalah sumber makanan terbaik untuk rambut. Ia mengandungi protein dan Vitamin D. Malah salmon juga ada asid lemak omega-3 yang bagus untuk menyihatkan kulit kepala, menyuburkan serta melembapkan rambut. 

 

2. YOGURT

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.
foto: healthyfoodbuzz.wordpress.com
  • Yogurt tinggi kandungan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel akar rambut. Malah ia turut mengandungi Vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.

3. DAGING

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.
foto: onedaycart.com
  • Jika anda tiada masalah kesihatan, pengambilan daging juga boleh membantu membekalkan sumber protein untuk rambut. Malah ia juga mengandungi Vitamin B, zat besi, zink dan sumber mineral lain yang bagus untuk tubuh.

4. SAYURAN HIJAU

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

Ads
  • Aneka sayuran hijau seperti bayam, salad, sawi, brokoli dan lain-lain berupaya membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ini kerana sayuran hijau kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.

5. LOBAK MERAH

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

  • Selain bagus untuk mata, lobak merah juga memberikan manfaat kepada rambut. Ia mengandungi Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dimana ia membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala. 

6. TELUR

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.
foto: homenaturalcures.com
  • Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur. Biotin juga membantu menguatkan kuku agar tidak rapuh.

 

6 RESIPI MUDAH & SEDAP GUNA BAHAN YANG BOLEH KUATKAN RAMBUT

1. GRILL SALMON STEAK

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm ikan salmon | bersih dan toskan
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • Tepung gandum secukupnya
  • 100gm sayur campur

Bahan Sos Mustard:

  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan bawang putih | cincang
  • 1 sudu makan biji mustard
  • 90ml krim masakan
  • 1/4 sudu makan serbuk perasa 
  • 1/4  sudu makan  serbuk lada putih
  • 1/4 sudu makan herba dill

CARA MEMASAK:

  1. Perasakan ikan salmon bersama serbuk paprika.
  2. Panaskan ketuhar dan bakar hingga ikan hingga masak.
  3. Untuk sos, panaskan kuali. Kemudian  tumis bawang putih bersama mentega, mustard dan krim masakan.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.
  5. Masak sehingga krim menjadi sederhana pekat menggunakan api perlahan.
  6. Celurkan sayur campuran lebih kurang 3-5  minit di dalam air panas. Toskan.
  7. Letak sayur campuran dalam pinggan, diikuti dengan ikan salmon yang dibakar.
  8. Tuangkan sos di atas ikan salmon.
  9. Segera hidangkan panas-panas.

 

2. MESIR YOGURT TRIFLE

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • Lebihan kek (kek pelangi lebih menarik)
  • Buah-buahan seperti kiwi, strawberi, pic, anggur

BAHAN FILING:

  • 80gm gula kastor
  • 200gm yogurt asli
  • 10gm gelatin
  • 40gm air
  • 250gm krim tenusu

CARA MEMBUAT FILLING:

  1. Pukul gula dan yogurt. Ketepikan,
  2. Cairkan gelatin, caranya gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan krim tenusu ke dalam campuran yogurt dan gula.
  4. Masukkan gelatin. Pukul rata.

CARA MELAPIS:

  1. Letak potongan kek, diikuti dengan adunan yogurt.
  2. Paipkan filling di bahagian tepi.
  3. Seterusnya letak adunan yogurt, lapis dengan buah-buahan dan potongan kek.
  4. Lapis lagi dengan yogurt dan paipkan filing.
  5. Hiaskan dengan buah-buahan dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

 

3. STEW DAGING

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

Ads

BAHAN-BAHAN

  • 500gm daging | potong kiub  
  • 1 sudu makan  minyak zaitun  
  •  1 biji bawang Holland  | potong kiub
  • 1 lobak merah |  potong kiub
  • 2 biji kentang  | potong kiub 
  • 2 batang seleri | hiris serong
  • 4 ulas bawang putih | cincang 
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 cawan air rebusan tulang
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 sudu teh serbuk  Oregano
  • 2 dua helai daun bay
  • 2 sudu makan tepung gandum
    2 sudu makan air | untuk membancuh tepung
    Garam  secukupnya
  • Lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitum dalam kuali, masukkan daging dan balik-balikkannya hingga daging bertukar warna keperangan.
  2. Taburkan garam did an serbuk lada hitam di atasnya, kacau seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan bawanag besar, bawang putih, kacau rata.
  4. Masukkan sayur-sayuran yang telah didadu dan dihiris tadi.
  5. Kemudian masukkan daging dan sayur-sayuran yang telah ditumis ke dalam slow cooker.
  6. Kemudian taburkan Oregano, Thyme, bay leaces dan lada hitam di dalamnya.
  7. Tambah juga kicap dan stok daging.
  8. Renihkan beberapa jam hingga daging empuk.
  9. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam periuk, kacau rata hingga kuah pekat.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika terlalu pekat boleh tambah air.
  11. Setelah daging empuk, Stew Daging sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh juga gaul daging dengan tepung garam dan lada hitam sebelum digoreng dengan memasukkan ke dalam plastik dan goncang supaya sekata campuran.

 

4. SUP BAYAM IKAN BILIS

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat sayur bayam hijau | dibersihkan
  • 50gm ikan bilis | ditumbuk kasar
  • 5 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 500ml air
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit ikan bilis goreng | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan ikan bilis. Masak sehingga naik bau.
  2. Kemudian tambahkan air dan biarkan sedikit mendidih. Masukkan sayur bayam dan reneh sehingga sayur masak.
  3. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
  4. Tabur ikan bilis goreng dan nikmatinya panas-panas.

 

5. KARI KENTANG LOBAK MERAH

Ads

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ubi kentang | dipotong kecil
  • 250gm lobak merah | dipotong kecil
  • ½ camca minyak makan
  • ¼ cawan air asam jawa yang pekat
  • 1 labu besar bawang – dibelah dua & dihiris
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 helai daun salam 
  • 315 gm daging kambing – dicincang halus
  • 2 ½ cawan santan cair 
  • Garam secukup rasa
  • 1 ½ cawan santan pekat

 Bahan Giling:

  • 2 ulas bawang putih 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 6 biji lada merah 
  • ½ sudu jintan putih 
  • 1 ½ camca jintan manis 
  • 3 camca ketumbar – direndang
  • 1 sudu gula
  • ½ sudu belacan – dibakar

CARA MEMASAK:

  1. Pijarkan minyak & gorengkan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan bahan giling & serai. Goreng hingga minyaknya keluar.
  3. Masukkan daun salam & daging.Apabila telah garing, kecilkan api & masukkan santan cair.
  4. Campurkan ubi kentang,lobak merah & bahan perasa. Didihkan perlahan-lahan hingga hampir empuk. Kemudian masukkan kubis & tomato. Masaklah selama 2-3 minit.
  5. Campurkan santan pekat. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasanya & angkat dari api apabila sayur-sayurannya telah empuk.

 

6. TELUR DADAR CENDAWAN

Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut &  6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | dipukul sebati
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 sudu teh kicap cair
  • 1/2  sudu teh garam
  • 20gm cendawan butang | hiris
  • 20gm cendawan China/Shitake
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya panaskan minyak dalam kuali lain, masukkan telur, masak dengan api perlahan.
  4. Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
  5. Kemudian terbalikkan telur tersebut. Kemudian besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
  6. Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong dan hidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI