Jenis-Jenis Tepung Beras & Kegunaannya Dalam Masakan.

Share

Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi perkongsian saudari Wan Jamiah, beliau berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai untuk masakan yang anda nak masak.

 

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.

 

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH 

  • Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

 

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat laksa
    beras dan pelbagai jenis mi. Ini kerana tepung beras jenis ni mampu menghasilkan produk yang lebih kental.

 

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai untuk menghasilkan laksa, rempeyek dan apam. Jika buat apam, rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.

 

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur