Jeruk nenas atau sebutan Terengganu jeruk lanas memang asing buat orang luar negeri ini. Tapi percayalah bila dah rasa sekali memang akan terus nak lagi dan lagi.
Boleh jadi ketagih dibuatnya terutama bila dimakan sejuk-sejuk dek kombinasi rasa masam, manis dan pedas.
Bagi yang nak cuba merasai kesedapan jeruk nenas ini boleh cuba buat sendiri. Resipinya mudah sangat.
Cara buat jeruk nenas
Bahan-bahan
Nenas -dipotong kecil
2-3 sudu besar cuka
1-2 sudu besar gula
1/2 – 1 sudu teh garam
1-2 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
Air masak
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Tambah air (kuantiti agak-agak tenggelam separuh kuantiti nenas)
Ads
2. Kacau hingga sebati sehingga gula larut.
3. Kemdian masukkan nenas yang sudah dipotong. Gaul sebati.
4. Simpan dalam peti sejuk. Semasa disimpan ini kuah jeruk akan bertambah kerana air nenas akan terus. Kuah inilah yang sedap dihirup, rasa manis-masih masam dan sedikit pedas.
Ads
5. Selepas sejuk bolehlah dihidangkan. Boleh juga dijadikan acar untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.
TIP EKSTRA
Semasa sedang memilih buah neanas, perhatikan pada bahagian luarnya. Nenas yang manis memiliki warna kulit yang terang, bukanlah yang berwarna malap atau kelam. Warna kulit yang berwarna oren kekuningan menandakan ia sudah masak.
Sayur brokoli ni memang jarang ada dalam menu masakan Melayu. Brokoli ni banyak dalam sajian Barat dan Oriental.
Hidangan yang mengandungi brokoli ni memang memberikan rasa lazatnya tersendiri, tetapi yang paling mengujakan ia banyak mengandungi khasat. Ia dipercayai boleh menghindari penyakit kanser dan jantung serta banyak khasiat lain.
Bolehlah dicuba nanti.
1. ROTI BAKAR BROKOLI DAN KENTANG LECEK PEDAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (KENTANG LECEK):
340gm kentang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh emping cili (lebihkan jika suka pedas)
Air untuk merebus secukupnya
BAHAN B (BROKOLI BAKAR):
100gm-150gm brokoli | potong kasar
8 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
10-20gm keju parmesan | lebihkan jika suka
Garam dan serbuk lada hitam cukup rasa
BAHAN ROTI BAKAR:
4-5 keping roti putih
2-3 sudu makan mentega
5-6 biji cili Thai
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kentang lenyek; Buang kulit dan rebus kentang lebih kurang 20-25 minit hingga empuk. 2. Toskan airnya dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Lecek kentang hingga halus. 3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan emping cili. Ketepikan. 4. Untuk membuat brokoli bakar; Panaskan oven dengan suhu 200˚C. 1. Satukan semua bahan B, gaul sekata dan ratakan di dalam dulang pembakar. 2. Bakar selama lebih kurang 15 minit hingga perang dan lembut. Keluarkan dan ketepikan. 3. Untuk membuat roti bakar; Sapukan mentega pada permukaan atas dan bawah roti. 1. Bakar pada suhu 200 ˚ C lebih kurang 5 minit hingga sedikit perang. 2. Roti dipotong dua dan ratakan kentang lecek pada permukaan atas roti, susun brokoli bakar tadi dan taburkan sedikit keju parmesan. 3. Potong cili Thai dan taburkan sedikit di atasnya. 4. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Cili Thai adalah pilihan sekiranya anda suka pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju Jenis masakan : Roti Cara memasak : Rebus dan bakar Anggaran kos: RM15
2. BROCCOLI PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cincang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati. 2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya. 3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan. 4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan. 5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju parmesan Jenis masakan : Lempeng Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
3. BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan. 2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati. 3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati. 5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan. 6. Angkat dan tos minyak. 7. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dicicah dengan cili sos Thai.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak keju mozarela Jenis masakan : Kudapan Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
4. BROCCOLI PASTA
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya. 2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan. 3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi. 5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef:Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Pernah makan Teresek Kacang Panjang tak? Ini menu rewang yang popular di kebanyakan tempat di Kelantan. Menu ini gambungan sayur kacang panjang dengan leher, hati, kepak dan kaki ayam yang dipotong kecil. Ia kemudian ditumis bercili dan bersantan. Sangat sedap, apatah lagi makan berebut sembil masak lauk kenduri kahwin.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!