Makan

Jeruk Nenas, Sekali Makan Mesti Ketagih

Share

Jeruk nenas atau sebutan Terengganu jeruk lanas memang asing buat orang luar negeri ini. Tapi percayalah bila dah rasa sekali memang akan terus nak lagi dan lagi.

Boleh jadi ketagih dibuatnya terutama bila dimakan sejuk-sejuk dek kombinasi rasa masam, manis dan pedas.

Bagi yang nak cuba merasai kesedapan jeruk nenas ini boleh cuba buat sendiri. Resipinya mudah sangat.

Cara buat jeruk nenas

Bahan-bahan

Nenas -dipotong kecil
2-3 sudu besar cuka
1-2 sudu besar gula
1/2 – 1 sudu teh garam
1-2 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
Air masak

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Tambah air (kuantiti agak-agak tenggelam separuh kuantiti nenas)

2. Kacau hingga sebati sehingga gula larut.

3. Kemdian masukkan nenas yang sudah dipotong. Gaul sebati.

4. Simpan dalam peti sejuk. Semasa disimpan ini kuah jeruk akan bertambah kerana air nenas akan terus. Kuah inilah yang sedap dihirup, rasa manis-masih masam dan sedikit pedas.

5. Selepas sejuk bolehlah dihidangkan. Boleh juga dijadikan acar untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.

TIP EKSTRA

Semasa sedang memilih buah neanas, perhatikan pada bahagian luarnya. Nenas yang manis memiliki warna kulit yang terang, bukanlah yang berwarna malap atau kelam. Warna kulit yang berwarna oren kekuningan menandakan ia sudah masak.

Kredit resipi & foto : Asmah Za’ba

Artikel berkait: Buat Jem Nenas Cara Cepat Siap & Tahan Lama. Simpan Setahun Pun Elok Lagi

Baca lagi: Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan

 

Published by
Rose