

- Petai
- Garam
- Asam gelugor
- Cili padi (pilihan)


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Sajian Kenduri Kendara Orang Utara. Lazat Berempah

Cuti sekolah ni waktu terbaik nak buat kenduri kendara. Tak kisahlah majlis doa selamat ke, majlis berkhatan ke atau majlis apa pun, lauk kenduri yang sedap pasti jadi bualan.
Orang belah Utara memang terkenal dengan sajian menggunakan rempah ratus yang melazatkan juadah. Ni resepi dari Che Nuri Azmi ,Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatan resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara yang juga resipi warisan keluarganya.
Jom salin…
1. KURMA AYAM & TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg ayam
- 30 biji telur ayam
- 3 liter santan
- 6 biji kentang | belah empat
- 6 biji bawang | besar belah empat
- 6 biji tomato | belah 4
- 12 sudu makan rempah kurma
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS :
- 5 batang kulit kayu manis
- 10 kuntum bunga lawang
- 15 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 20 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 10sm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.
5. Masukkan ayam dan ubi kentang.
6. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut.
7. Masukkan santan dan biarkan mereneh atas api sederhana.
8. Masukkan telur rebus, hirisan bawang dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit, tutup api.
10. Kurma ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cucuk telur dengan garpu supaya kuah lebih mudah menyerap ke dalam telur.
…………..
Saiz hidangan: 60 orang
Masa memasak:1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Enak, tidak pedas dan kaya dengan aroma rempah ratus
2. PAJERI NANAS UTARA:
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji nanas | buang kulit dan hiris bulat, celur dan tos
- 2 liter santan
- 10 sudu makan remah kari
- 5 sudu makan kerisik
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
- 3 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 10 biji buah pelaga
- 10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 9sm halia muda
- 30 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 5 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga kekuningan, masukkan pula rempah kari.
3. Kacau rata, selepas timbul minyak santan dan nanas, biarkan kuah mereneh seketika.
4. Masukkan kerisik, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga pekat dan timbul minyak.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika nanas muda dan masam, semasa celur, tambahkan sedikit gula dan garam. Kemudian tos sebelum dimasak untuk pajeri.
……………
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:45 minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan Enak dengan rasa masam manis dan kaya dengan aroma rempah ratus.
3. BATANG KELADI ASAM REBUS:
BAHAN-BAHAN:
- 20 pokok batang keladi | buang kulit arid an potong 3-4 cm
- 6-8 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 20 ulas bawang merah
- 8cm kunyit hidup
- 1/2 cawan ikan bilis
- 10 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah
- 20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian renehkannya.
2. Celurkan batang keladi 2-3 minit kemudian bilas di bawah air paip mengalir supaya lender dan rasa gatalnya gilang. Ketepikan dan tos.
3. Kemudian masukkan semula dalam periuk tambah air secukupnya dan masukkan bahan kisar serta asam gelugor.
4. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah batang keladi masak dan cukup rasa. Tutup api.
6. Batang keladi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, anda boleh gunakan cili kering mengantikan cili merah. Boleh juga tambah daun kesum dan bunga kantan jika suka.
…………..
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit .
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Enak dengan rasa kuah masam pedas dan batang keladi yang lembut.
4. DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg daging | rebus
- 20 batang kacang panjang | potong 3-4cm
- 10 biji kentang | potong memanjang
- 5 tangkai cili merah | hiris
- 4 biji bawang besar hiris
- 4 sudu makan lada hitam | tumbuk kasar
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang besar
- 20 ulas bawang putih
- 9cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Daging yang direbus, dihiris nipis.
2. Gaul daging hirisan daging dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
3. Panaskan, goreng kentang, angkat dan ketepikan.
4. Kemudian goreng daging (jangan terlalu garing) angkat dan tos.
4. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumis bahan kisar hingga wangi,, masukkan daging bersama kacang dan hirisan cili.
6. Seterusnya , masukkan sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa, angkat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan hirisan cili padi untuk rasa lebih pedas.
…………..
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Rebus dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Garing dan sedap.
5. MASAK LEMAK PUCUK MANIS BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ikat pucuk manis | ambil daun muda dan pucuk saja
- 2 biji labu | lebih kurang 3-4 kilo
- 3 liter santan
- 1 liter air
- 1 cawan ikan bilis
- 20 biji bawang merah | hiris
- 20 ulas bawang putih | hiris
CARA MEMASAK:
1. Labu buang kulit dan biji, kemudian potong dadu.
2. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air.
3. Apabila labih hampir empuk, masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan putih.
4. Seterusnya masukkan santan dan daun puncuk manis, biarkan hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api, gulai labu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain pucuk manis, boleh juga guna pucuk turi dan bayam.
………….
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit.
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan :Sayur.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih : RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Terung Bakar Bersantan Paling Sedap, Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Isi Kandungan
ToggleLauk orang lama yang digemari ramai. Terung Bakar Bersantan ni sememangnya digemari ramai dan pendek kata, kalau hidang lauk ni pasti licin tidak tersisa.
Bahan-bahan penyediaannya tersangatlah mudah. Asasnya hanya terung, bawang, cili, belacan dan juga santan.
Cara masaknya juga tidak sukar. Hanya bakar terung, tumbuk rencah dan masak seketika santannya. Itu sahaja. Nak cuba? Saudari Kak Ngah Zairihasna ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI TERUNG BAKAR BERSANTAN YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung
2 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Belacan secukupnya – beli online disini
Santan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan terung dan bakar hingga masak. Rehatkan seketika.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga lumat. Ketepikan.
3.Ambil santan dan masak selama 5 minit.
4. Kemudian masukkan ke dalam lesung berisi bahan yang ditumbuk tadi. Sebatikan.
5. Siat terung yang telah dibakar tadi dan masukkan dalam bekas bersesuaian.
6. Tuang campuran santan tadi. Gaul sebati.
7. Terung Bakar Bersantan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Kak Ngah Zairihasna
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Goreng Cendawan Inoki, Layan Ni Kalau Buat.

Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai bebelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan enoki
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan madu
- 1/2 sudu makan jus lemon
- Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.
LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.
LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.