Makan

Jika Handal Masak Masakan Sarawak Ini, Anda Dah Tak Perlu Terbang ke Sana

Share

Jika handal masak masakan Sarawak ini, anda dah tak perlu terbang ke sana. Bagi penggemar masakan asli negeri, apabila sebut Sarawak yang terlintas di fikiran anda semestinya mi kolok, dan kek lapis Sarawak kan?

Tidak dinafikan masakan tersebut sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi tahukah anda terdapat banyak lagi masakan Sarawak yang enak dan didatangkan dengan keunikan yang tersendiri? Cara penyediaannya pun sangat mudah! Cubalah resepi yang RASA sediakan ini.

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak mencerminkan kepelbagaian budaya Sarawak dengan menggunakan bahan-bahan tempatan dan merangkumi warisan kuliner yang kaya. Hidangan ini mempunyai keistimewaan dalam penyediaan dan penyajian, mencipta pengalaman makan yang autentik dan menyelerakan.

Bahan-bahan Kuah Laksa Sarawak:
350 gram isi ayam
200 gram pes laksa Sarawak
250 gram udang segar
2 liter air
300 ml santan
2 batang serai
1 kiub ayam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Sambal Belacan:
4 tangkai Cili merah
6 batang cili merah
1 inci belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 biji limau nipis

Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:
Ayam yang telah direbus – disiat-siat
Udang yang telah direbus
Telur dadar dipotong nipis
Taugeh dicelur
Daun ketumbar
Limau
Sambal belacan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

MEE DAWAI

Mee Dawai adalah satu lagi contoh hidangan yang mencerminkan kepelbagaian dan keunikan kuliner di Malaysia, khususnya di Sarawak. Menggunakan Mee Kolok dan digoreng rangup, makan pula bersama kuah sos tomato, hidangan enak dan patut dicuba.

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih, dicincang halus
4-5 keping halia
1 sudu besar minyak masak
5 ekor Udang segar
70g dada ayam (kepingan)
1/4 sudu kecil light soy sauce
1/4 sudu kecil minyak bijan
1 tsp lada putih
1/2 sudu kecil tepung jagung
4 tangkai baby pak choi
2 tangkai daun bawang, hirisan
6 biji kuih ikan yang dihiris
2 mee telur kering / mi Wantan
1 cawan stok ayam (Air)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar light soy sauce
Lada putih, secukup rasa
Tepung jagung + Air untuk memekat kuah

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

AYAM PANSOH

Ayam Pansoh Hidangan Istimewa Sarawak. Sedap & Berkhasiat. Kalau nak makan Ayam Pansoh mesti ingat susah nak buat kan? maklumlah kena bakar dalam buluh. Sebenarnya nak buat versi mudah pun ada. Hanya rebus tapi tetap menggunakan rempah dan herba seperti yang dimasak di Sarawak. Memang sedap dan berkhasiat untuk anda cuba.

Bahan-bahan:
1 1/2 labu Bawang Putih
20 ulas ⁠Bawang Merah Shallot
3 inci ⁠Halia
7 batang Serai
2 batang Bunga Kantan
Sedikit ⁠Garam
Sedikit Secukup Rasa
Sedikit ⁠Ajinomoto
⁠Pucuk Ubi
12 ketul ⁠Ayam / 1 Ekor Ayam

Bahan potong kasar:
Bawang Putih
⁠Bawang Merah Shallot
Halia
Serai
Bunga Kantan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

 

DAGING MASAK HITAM SARAWAK

Daging Masak Hitam Sarawak, hidangan istimewa yang biasanya dimasak ketika majlis keraian dan juga Hari Raya. Dimasak empuk menggunakan daging tempatan ditambah pula dengan Kismis dan kacang peas, cukup rasa dan sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga. Sedap & cukup menyelerakan!

Bahan-bahan:
Rempah 4 sekawan
7 Biji Bawang Merah Shallot – Dikisar
12 Ulas Bawang Putih – Dikisar
1/2 Biji Bawang Holland – Dikisar
2 Batang Serai – Dikisar
2 Inci Halia – Dikisar
1 Sudu ⁠Makan Cili Kisar
5-6 Sudu Makan ⁠Kicap Masin
5-6 Sudu Makan Kicap Manis
Kismis Hitam
Kacang Peas
1 kg Daging Knuckle
Minyak Masak
1 Sudu Makan Minyak Ghee

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

Published by
Hani Azmy