Jimat Masa Memasak Dengan Pra-Campuran Serbuk Kari Segera Bestari!

Share

Menjadi satu cabaran buat wanita bekerjaya sekarang ini, yang tersepit di antara kerja dan juga keluarga. Meskipun sibuk dengan kerja, tapi pastinya masih mahu menyediakan sajian istimewa buat keluarga.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar serbuk kari segera, Bestari Sales and Marketing Sdn. Bhd. (Bestari)

memperkenalkan produk pra-campuran serbuk kari segera Bestari!

Menurut Pengarah Pemasaran ­Bestari, Gabriel Lai, dengan menggunakan produk ini, cara memasak menjadi lebih mudah dan dapat menjimatkan lebih masa.

“Hanya tambah 3 bahan sahaja iaitu bawang merah, bawang putih dan santan segar, sajian kari ayam atau daging dapat disediakan dalam masa yang singkat. Mudah dan sedap!

Bestari bekerjasama dengan selebriti, Sheila Rusly untuk berkongsi kreativiti dan resipi bagi mereka yang sibuk.

“Jika perlu, boleh letak daun kari dan serbuk cili untuk rasa lebih pedas. Setiap produk kami mempunyai logo halal

daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan tempoh jangka hayat produk ialah selama 18 bulan dari tarikh dikeluarkan dari kilang,” katanya.

Produk pra-campuran serbuk kari segera Bestari ini didatangkan dalam dua jenis iaitu pra-campuran serbuk kari ayam/daging dan pra-campuran serbuk kari makanan laut, yang dipek dalam pembungkusan 75g (di dalam kotak) dengan harga yang sangat berpatutan.

Pek yang disediakan juga sesuai untuk dibawa me­lancong sama ada di dalam atau luar negara.

Tonton betapa mudahnya untuk menggunakan produk pra-campuran serbuk kari ayam/daging atau makanan laut di  https://www.bestarifood.com/cookingvideos/curry/  

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff