Jimat Masa! Tip Mudah Buang Biji Cili Kering Tanpa Perlu Menggunting Satu-Satu Sebelum Merebus.

Share

Memang leceh untuk membuang biji cili kering tapi jika tidak di buang boleh menyebabkan penyakit seperti apendiks. Jumlah biji cili juga menentukan tahap kepedasan cili. Jika tidak suka pedas boleh kurangkan jumlah biji dalam cili.

Untuk teknik yang akan dikongsikan ini, mereka berjaya buang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Nak tau tekniknya jom scroll

gambar dibawah:

 

1. Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

 

2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

 

3. Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

 

4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

 

5. Didalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.

 

6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Selamat mencuba! 

Info: Untuk menghancurkan biji cili ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.

Kredit: Mama G Food Industries

Published by
Nur