Antara yang selalu disebut-sebut ketika pandemik Covid-19 ini adalah masalah kewangan. RASA amat prihatin dengan situasi ini. Justeru kami cuba tampilkan resipi yang sedap, mengenyangkan namun jumlah belanjanya amat minimum.

Kali ini RASA kongsi resipi membuat roti. Bolehlah cuba untuk jamu seisi keluarga. Selamat mecuba!

ROTI BAKAR TELUR & KEJU

Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB

BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu segar
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram (BELI DI SINI)
• 25 gram keju cheddar (parut)

BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam

CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.

Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan

ROTI GOLOK

Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB

IKLAN

BAHAN A
1 cawan air suam
1 peket yis segera
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam / kuning telur

BAHAN B
4 cawan tepung roti / tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin (BELI DI SINI)
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam halus

TOPPING
Marjerin (BELI DI SINI)
Gula kastor secukupnya (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN A kecuali telur ayam. Kemudian kacau sebati.
2. Biarkan sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B.
4. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
5. Ambil adunan BAHAN A tadi. Campurkan telur ke dalamnya. Adun rata.
6. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh.
7. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
8. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan sedikit minyak masak.
9. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
10. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil ikut saiz yang disukai.
11. Bentukkan doh tersebut. Kemudian susun doh di dalam loyang pembakar yang telah digris.
12. Rehatkan doh selama 20 minit atau sehingga doh mengembang. Dalam masa sama, panaskan oven.
13. Sapukan permukaan doh dengan sedikit air.
14. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing .
15. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum diletakkan topping. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!

IKLAN

Kredit Resipi: Farisha Sofea

 

ROTI PURI TANPA YIS

Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
2 sudu marjerin (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Setengah cawan air masak
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan dan uli sampai tak melekit.
2. Perap adunan selama 30 minit.
3. Ambil seketul, bulatkan dan gelek nipis.
4. Panaskan minyak masak dan goreng.

IKLAN

Tip nak dapatkan kembung tu ialah masa menggoreng, siram-siram roti puri tu dengan minyak masak. Nampak dia menggelembung naik cantik.

Kredit: facebook Hazarina Ishak

Selamat mencuba!

 

ANDA MESTI SUKA RESIPI LAIN

KEK CHIFFON PANDAN

KEK PISANG SEDAP

KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI