
Ramai yang menanam pokok kesum di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang mengadu pokok kesum ini kurang rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.
Sebenarnya cara untuk rimbunkan daun pokok kesum ini mudah saja, boleh gunakan petua air bawang seperti dikongsi oleh Noridah Tahir. Selain pokok kesum, air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.
Jirus air bawang untuk banyak akar, sembur untuk banyakkan pucuk
Cara buat air bawang merah
1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.
2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.
3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.
4. Peram 1 hingga 2 hari.
5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.
Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.
Sumber: Noridah Tahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Khasiat Labu Kuning Untuk Nak Cantik Dan Jaga Kesihatan Pun Boleh…

Kalau anda sedang gigih nak kurangkan berat badan , nah ini dia berita baik untuk anda. Labu kuning bulat adalah pilihan tepat untuk mereka yang sedang berdiet. Selain rasanya yang sedap ia juga boleh bantu menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.

1. Menurunkan berat badan.
Bukan sekadar itu, makan labu kuning juga membuat anda rasa kenyang lebih lama kerana seratnya yang cukup tinggi dan boleh melambatkan proses penghadaman. Apabila rasa kenyang lebih lama, dapat menjauhkan diri anda mengambil makanan lebih dari sepatutnya atau memakan kudapan yang boleh membuatkan anda gemuk.
2. Menajamkan penglihatan

Labu kaya dengan vitamin A kerana kandungan beta karotennya. Beta karoten berubah menjadi vitamin A di dalam tubuh yang mana ini berfungsi membantu retina mata menyerap dan memproses cahaya. Di samping itu labu kuning juga mengandui lutein dan zeaxanthin, dua anti oksidan yang boleh membantu mencegah katarak.
3. Mencantikkan kulit
Makan labu kuning juga boleh memelihara kesihatan kulit. Labu kuning mengandungi pelbagai vitamin, mineral , serat dan anti oksidan yang diperlukan oleh tubuh agar sihat. Menarik buat merek yang peka dengan kecantikan , buah labu ini juga mampu menjadi kulit anjal dan lembut.
Kandungan anti oksidan di dalam labu kuning dikatakan mampu melindungi daripada radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Makanan yang kaya dengan beta karoten sememangnya dipercayai boleh menjadikan anda lebih awet muda.
4. Meningkatkan pertahanan badan.

Kandungan vitamin A di dalam labu kuning juga boleh membantu tubuh melawan jangkitan bakteria,, virus dan penyakit berjangkit. Labu kuning juga mengandungi 20 peratus dari jumlah vitamin C yang disarankan, keadaan ini membantu anda pulih dari sakit dengan lebih cepat umpamanya seperti selesema dan batuk-batuk.
5. Mencegah Barah
Beta karoten yang tinggi terdapat pada labu bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan mata dan kulit , ia juga membantu melawan barah. Kajian menunjukkan makanan yang kaya dengan beta karoten merendahkan risiko terhadap beberapa jenis barah termasuk barah prostat dan paru-paru. Vitamin A dan C juga bertindak sebagai pelindung sel dalam tubuh untuk melawan radikat bebas penyebab barah.
6. Kesihatan jantung

Kandungan folat, karotenoid dan magnesium di dalam labu kuning juga sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung anda. Magnesium berfungsi merilekskan pembuluh darah hingga dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah dari berlakunya strok dan serangan jantung. Memakan labu kuning juga dapat mencegah dari terjadinya pengerasan dan pengumpulan lemak di dalam dinding pembuluh arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung.
7. Menurunkan tekanan darah
Labu kuning juga sangat kaya dengan kalium. Kandungan kalium mampu mengurangkan risiko strok, pembentukan batu karang dan memelihara kepadatan tulang.
Nah cubalah sajian berasaskan labu kuning nih
BINGKA LABU LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji telur
- 200ml santan
- ½ cawan susu cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir halus
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu mentega
- 2 cawan labu |- yang telah direbus, toskan dan dilecek
- Bijan secukupnya | untuk ditabur atas permukaan kuih
* opsen ,satu sudu teh kecil pewarna kuning telur supaya warnanya lebih terserlah.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven (suhu 200°C). Loyang yang telah disapu mentega tadi di panaskan seketika.
2. Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu yang dilecek dan bijan. Kisarkan.
3. Tapis adunan tadi yang telah dikisar. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah dilecek, kacau hingga rata.
4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
Kredit Resipi dan Foto : ernyfirdaus.blogspot.my
Rujukan teks : Hello Sehat.com
Petua Nak Simpan Kelapa Parut Biar Tahan Lama

Kelapa parut adalah isi kelapa yang diparut menjadi serabut-serabut putih. Ia amat sinonim dalam masakan dan kuih-muih Melayu. Kuih kaswi, lompang, apam cukup lazat disediakan bersama bersama kelapa parut.

Namun kelapa parut jikan dibiarkan terdedah lama di luar akan cepat basi. Tapi kalau ikut petua yang min kongsikan, InsyaAllah boleh tahan lama.
CARA PERTAMA :
1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.
2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air
3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan

CARA KEDUA :
1. Masak air hingga mendidih
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata
3. Kukus kelapa parut selama 15 minit
4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Sumber : Abgbrian.com & sinar.fm
Ini Tip Membuat Poached Egg Yang Sempurna & Setanding Hotel.

Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
- Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
- Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
- Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
- Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
- Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
- Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
- Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
- Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
- Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
- Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.