Ramai yang menanam pokok kesum di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang mengadu pokok kesum ini kurang rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.
Sebenarnya cara untuk rimbunkan daun pokok kesum ini mudah saja, boleh gunakan petua air bawang seperti dikongsi oleh Noridah Tahir
. Selain pokok kesum, air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.
Cara buat air bawang merah
1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.
2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.
3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.
4. Peram 1 hingga 2 hari.
5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.
Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.
Sumber: Noridah Tahir