Jom Ajak Anak Buat Biskut Cornflakes Almond Crunchy .

Share

Biskut Cornflakes memang kesukaan ramai. Lebih lebih lagi budak-budak. Tambah pulak dengan badam , makin bertambah rangup lah. Meh ke dapur buat  cornflakes almond crunchy cookies.

Masa panjang di rumah ini, ambil kesempatan mengeratkan kemesraan keluarga. Buat aktiviti bersama keluarga. Idea buat biskut cornflaes almond crunchy bersama anak-anak ni pasti menjadi aktiviti yang menggembirakan. Ajak anak-anak buat adunan dan sama sama gentel atau terap biskut tu.

CORNFLAKES ALMOND CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
1cwn butter/200g butter ke majerin ke buleh
1cwn gula perang/100g
1/2 cwn minyak masak
1 biji kuning telur
1sdk esen vanila
sedikit garam halus

1 cawan cornflakes di kisar
1 cawan almond d bakar sekejap

BAHAN B
4cwn tepung gandum(400g)
1/2 cawan tepung susu(50g)
1sdk empleks atau tepung beras
1sdk baking powder
1sdk soda berkarbonat
ayak kan👆

CARA MEMASAK :
1. Whisk aje bahan A, guna senduk pun boleh. Dah sebati masuk esen vanila dan kuning telur, minyak serta garam sikit dan kacaukan.


2. Masukkan cornflakes kisar tadi dalam adunan majerin bahan A kacau kan
3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikitcampuran tepung sambil kacau rata gaul sebati guna senduk td.


4. Adunan lembut sedikit jangan risau jadi je. akhir sekali masukkan almond slice td gaul rata..masuk kan peti ais 20 mnt..boleh sudu kan dan golek atas cornflakes yg korg ramas2 tuk sebagai hiasan la

5. Adunan agak lembik sket so jarakkan sedikit semasa susun adunan sbb die akan mengembang sket masa dibakar. Bakar dengan suhu 170c 20minit.

Sumber :
FB : ZuLaily Hanim Lilly

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib