Buat peminat K-drama, pasti terliur setiap kali tonton drama Korea muncul makanan Korea yang lazat dan grill/barbeku yang mempunyai pelbagai daging bakar yang juicy.Buat yang teringin menikmatinya tidak perlu travel ke Korea lagi.
Anda boleh merasai kesedapan barbeku ala Korea dengan berkunjung ke K-POP Grille di Citta Mall, Ara Damansara dan rasakan keaslian Korea grill seperti berada di tengah kota Seoul.
Yang menariknya, K-Pop Grille merupakan restoran barbeku yang menawarkan hidangan set barbeku asli menggunakan arang sebagai bahan pembakar dengan harga yang amat berpatutan, bertepatan dengan kehendak pengguna.
Terdapat dua jenis menu di K-Pop Grille, “Combo Set” untuk pelanggan yang datang berkumpulan dan “Solo Yakiniku” untuk mereka yang lebih selesa makan bersendirian.
DaeBlack PinkBig Bang Set
Bagi Combo Set, ia bermula dari harga serendah RM 79 hingga ke RM 129. Combo yang paling popular menjadi pilihan pelanggan adalah Combo Set “DaeBlack Pink” RM 89 yang boleh dinikmati 2-3 orang, combo yang kedua menjadi pilihan hati pelanggan ialah “Big Bang” RM 129 sesuai untuk 4-6 orang,”
Setiap set akan datang dengan beberapa pilihan protein seperti daging lembu potongan “short plate”, “striploin” dan potongan rusuk, terdapat juga daging kambing dihiris nipis, bahagian dada itik salai, ayam bahagian peha, udang harimau dan sotong Argentina bersaiz besar. Setiap potongan dihidangkan dalam hirisan nipis dalam kuantiti yang memuaskan bagi memudahkan masakan apabila dibakar.
Terdapat juga hidangan tambahan untuk setiap pesanan set dihidangkan seperti daun salad, kimchi, coleslaw dan timun masin. Bagi Solo Yakiniku set pula, ia sesuai untuk pelanggan yang datang secara individu kerana set ini direka khas untuk pelanggan yang ingin makan Korea Grill berseorangan. Set Solo Yakiniku bermula dari harga serendah RM30 sahaja.
Ads
K-Pop Grille menyediakan tiga sos yang direka asli daripada inspirasi rasa sebenar Korea Grill iaitu sos Samjang, sos Yakiniku dan sos Pineapple Lime Spice. Memang gabungan yang enak apabila daging atau ayam panggang dimakan dengan sos K-Pop Grille.
Pengasas K-Pop Grille,Tham Lih Chung daripada kumpulan Incite Innovations mempunyai rekod kejayaan yang kukuh dalam industri runcit, fintech dan F&B. Selain daripada K-Pop Grille, kumpulan Incite Innovations juga mempunyai beberapa lagi perniagaan makanan dan minuman seperti kafe berangkai Union Coffee dan Hope Coffee.
Union Coffee menawarkan pilihan kopi yang dipanggang oleh mereka sendiri dengan hidangan panas sepanjang hari, manakala Hope Coffee pula merupakan kafe khidmat pantas menawarkan kopi berkualiti pada harga yang berpatutan.
Buat anda yang ingin merasai hidangan barbeku Korea asli menggunakan arang tanpa berbelanja banyak, boleh ke K-Pop Grille.
Tempahan meja boleh melalui mesej ke facebook atau Instagram K-Pop Grille dan lokasi kedai adalah di Lot G-6, Ground Floor, Citta Mall, (berhampiran dengan pintu pagar parking masuk).
Menu ayam boleh dipelbagaikan. Bagi yang sukakan menu pedas masakan Thailand boleh dipertimbangkan. Apa lagi kalau bukan ayam paprik. Kalau anda tidak makan terlalu pedas boleh kurangkan kepedasannya. Cara buatnya sangat mudah dengan langkah-langkah berikut.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan sos:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
(Tumbuk 3 bahan-bahan) ni sehingga lumat )
bahan sos.
Bahan-bahan tumis:
Bahan- tumbuk tadi (3 bahan tadi)
serbuk cili
serai 1 batang
daun limau purut
sos tiram
sos cili kicap manis (bubuh ckit je nak bagi warna sos cantik)
bahan tumis.
Cara memasak:
1.Tumis 3 bahan tadi + serbuk cili + serai+ daun limau purut.
2.Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap. Tambahkan lagi garam & perasa.
3.Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi + sayuran (kacang panjang,bawang besar,cili besar)
4. Siap untuk dihidang.
Syawal ni, sedap jugak kalau makan rendang limpa lembu kan? Tapi kalau tak kena gaya, limpa lembu yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Sebab itulah nak masak limpa lembu ni kena betul-betul. Biar hilang bau yang kurang menyenangkan tu. Ini resipinya.
RENDANG LIMPA
Bahan-Bahan
500 gram limpa (dipotong kepingan besar)
8 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2cm halia (dikisar)
2cm lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santan)
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan kerisik
Air secukupnya (jika perlu)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. Guna api kecil. Biar lama masaknya.
2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai ini memang sesuai sangat dengan mak-mak yang nak sediakan sajian ringkas untuk famili. Kadang-kadang kita ingin sajian yang serba ringkas. Yang penting semua ahli keluarga berselera menikmati makanan yang dihidangkan. Guna patty burger pun sudah boleh dapat hidangan yang sedap! Apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
RESIPI DAGING BAKAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 keping patty burger 1 sudu besar sos tiram –BELI ONLINE 1 sudu besar sos ikan –BELI ONLINE 1 sudu besar gula nipah/Melaka –BELI ONLINE 1 ikat daun ketumbar 1 sudu besar beras –BELI ONLINE 2-3 ulas bawang merah ros 1 biji limau nipis 1 sudu besar empingan cili
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buat sos pencicah terlebih dahulu. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.
2. Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.
3. Rasa sos ini. Perasakan ikut cita rasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.
4. Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas!
5. Perap patty burger dengan sos tiram sekejap.
6. Walaupun daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ini. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.
7. Bila sudah masak patty itu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi! Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun sesuai. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja.
8. Inilah hasilnya. Saiz sajian ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!