Semakin usia meningkat, kita sepatutnya lebih peka terhadap kesihatan. Boleh je nak makan apa-apa pun tapi kalau ada pilihan lebih sihat, apa salahnya kita mula bertukar pada yang lebih baik untuk kesihatan kan?

Bagi peminat roti canai atau capati, korang tahu tak sekarang ni ada pastri sejuk beku yang kurang lemak dan kurang gula?

Baru-baru ini, Kawan Food Berhad keluarkan seleksi produk sejuk beku Plain Paratha dan Chapatti yang menepati cita rasa mereka yang mahukan hidangan sihat. Tapi tak berkompromi terhadap rasanya.

 

IKLAN

Produk ini mengandungi 30 peratus kurang lemak dan rendah indeks glisemik (GI). Namun ianya tetap sedap dengan adunan premium seperti Okra, Lentil dan Fenugreek.

RASA berikan resipi Chapatti Egg Roll yang sangat sedap menggunakan kepingan capati rendah GI daripada Kawan Food. Cubalah, memang sedap!

CHAPATTI EGG ROLLS

 

BAHAN-BAHAN
2 biji tomato ceri (hiris nipis)
1 keping chicken ham (hiris nipis)
2 biji telur ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (dihiris)
Sedikit minyak masak
1 keping Low GI Chapatti

CARA MEMBUAT
1. Hiris nipis tomato ceri dan chicken ham.
2. Pukul telur ayam dan masukkan garam serta serbuk lada hitam.
3. Panaskan kuali leper. Letak sikit minyak masak.
4. Masukkan adunan telur tadi. Masukkan juga tomato ceri, chicken ham dan daun ketumbar.
5. Dalam masa sama, panaskan kepingan chapatti dalam kuali leper yang lain.
6. Letakkan chapatti di atas pinggan.
7. Angkat adunan telur yang sudah masak dan letak atas chapatti.
8. Gulungkan dan sedia dinikmati.

*Boleh juga letak bahan lain ikut cita rasa anda misalnya capsicum.

Selamat mencuba!