Jom buka puasa nanti kita hidangkan bebola donut berkeju yang sedap ni. Boleh dihidang untuk berbuka puasa dan tarik minat budak-budak.
Ads
Bebola donut adalah salah satu masakan yang sesuai dibuat untuk oikat selera kanak-kanak. Nak membuatnya pun senang, cuma kena pastinya tepungnya gebu dan lembut. Barulah sedap.
DONUT BALL CHEZZY LELEH
BAHAN-BAHAN
• 500 ml air suam
• 1 peket mauripan
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil susu pekat manis
• 1 kg tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 senduk marjerin
• 24 keping keju (dibelah dua)
• Minyak masak untuk menggoreng
• Gula aising
Ads
CARA MEMBUAT
1. Air, mauripan, garam dan susu pekat manis disatukan dalam jag. Biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder masukkan bancuhan di dalam jag tadi. Uli 10 minit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan selama 30 minit di tempat panas sehingga kembang.
4. Selepas adunan kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Kepal doh agak-agak saiz setengah genggam tangan. Kemudian masukkan keju.
6. Goreng dalam minyak masak yang banyak sehingga keperangan.
7. Selepas itu tabur gula aising.
Ads
Resipi Oleh Ainul Sara dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Burger Malaysia atau pau sambal ini asalnya biasa-biasa saja. Tapi bila ia datang dengan pau goreng yang gebu, isi sambal mewah disumbat ikan bilis garing dan salad kerinting yang segar, burger Malaysia ini jadi premium.
Burger Malaysia versi kayangan ini diilhamkan oleh Azlina Ina. Nampak sedap sungguh kan. Beliau turut berkongsi resipi burger Malaysia istimewa ini untuk kita cuba sendiri. Nak buat berniaga pun boleh, dihalalkan katanya.
Burger Malaysia kayangan
Bahan-bahan untuk sambal
10 ulas bawang merah dan 2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih
(Kisar 3 bahan di atas dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering (rendam air panas tos & kisar dengan sedikit air masak dan minyak supaya biji lada hancur)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan perisa
Minyak masak
Cara membuat sambal:
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun tak mengapa. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa sedikit ikut kemanisan yang dikendaki, tambah gula melaka seketul.
3. Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap (Mak ina akan masak akan lebih dari 2 jam ya. Dah garing tambah air sikit-sikit sampai sambal bertukar warna maroon dan minyak naik atas permukaan.
4. Akhir sekali baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa, lebih kurang 1 sudu besar.
Sambal yang dimasak lama, akan lebih tahan lama jadi untuk berniaga lebih bagus masak lama.
Untuk sambal ini mak masak 3 jam, tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati jadi tak sakit perit bila makan. Boleh simpan luar 7-8 hari tak basi dan tak rosak.
Bahan untuk doh
BAHAN A
1 kg tepung High Protein
Garam sedikit.
150gm gula
40 gm susu tepung
10 gm yis
5 gm bread improver
BAHAN B
550 gm -air sejuk
1 biji telur
BAHAN C
100 gm marjerin – 100gm
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan bercampur.
2. Ubah speed 2 bila doh dah betul betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.
3. Rounding kan 35g, untuk sukatan ini 1 kg dapat 50 biji.
4. Kemudian tabur sikit tepung atas tray. Tutup doh dengan wrap biar selama 30 minit.
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya. Dah goreng tos.
6. Tip untuk burger nampak cantik, warna sekata waktu panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas. Biar larut baru goreng burger.
7. Waktu isi burger pastikan sambal tadi jangan ceduk bahagian minyak supaya tak meresap dalam burger (sebaiknya ceduk dulu minyak, ketepikan). Masukkan ikan bilis yang digoreng garing dan juga salad segar.
Jom buat Lemon Meringue Tart yang mudah ini, anda hanya perlu ikut DIY ini sahaja, Anda hanya sediakan inti dan maningue sahaja. Tak perlu nak uli tepung buat cengkerang, beli je yang dah siap kemudian sediakan bahan ikut DIY yang Rasa kongsikan ini:-
LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN:
6-10 biji cengkerang tat
3 biji telur kuning
250ml susu segar
150gm gula kastor
150gm mentega
75gm tepung jagung
1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
Bahan Untuk Krim :
250gm krim putar
100gm gula aising
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1 : Panaskan mentega dalam periuk.
LANGKAH 2: Masukkan campuran susu telur, gula, jus lemon dan tepung jagung. Kacau sebati atas api kecil sehingga pekat.
LANGKAH 3: Tuangkan adunan inti dalam cengkerang tat dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Paipkan adunan krim yang telah diputar sebati di atas permukaan tart.
LANGKAH 5: Terus paipkan krim sehingga habis.
LANGKAH 6: Bakarkan permukaan krim menggunakan torch.
1 biji bawang holland | cincang – beli online di sini 1 bahagian isi dada ayam | cincang 2 sudu besar sos blackpepper/lada hitam tumbuk 2 sudu besar sos cili – beli online di sini Serbuk cili (optional) Serbuk kari – beli online di sini Capsicum (optional) Garam/gula cukup rasa
1. Lenyek potato dan gaul dengan mentega/marjerin, tepung gandum dan oregano/blackpepper.
2. Sudukan dalam acuan. Bulatkan bahagian tengah untuk isi inti. 3. Dalam gambar, saya masukkan bawang putih dan guna bawang bombay. Lebih sedap guna bawang holland.
4. Gula saya guna gula merah bukan gula putih. Ikut resipi saya tulis je. 5. Tumis bawang, isi isi ayam, sos blackpepper, sos cili, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula. Biar masak. Sejukkan.
6. Lepas masukkan inti. Tutup dengan cheese slices yang dipotong 4. Tabur oregano. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 30 minit. 7. 20 minit pertama api bawah dulu kemudian baru tukar kepada atas dan bawah.