Jom Buat Kelainan, Buka Puasa Dengan Shellout

Share

 

Jom sesekali kita try buat kelainan hidangan di atas meja. Kita try buat shellout yang sememangnya sedap ni. Kita buat shellout untuk berbuka puasa. Nak makan di luar pun tak boleh sebab masih dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi kali ni kita buat sendiri.

SHELLOUT BAJET HOMEMADE

Bahan kisar
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang cili padi
2 batang serai
Sedikit ikan bilis dan belacan

Bahan lain
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili

Bahan-bahan
5 ekor sotong
2 ekor ketam nipah
15 ekor udang
Sayur brokoli
Jagung
Tomato
Lobak merah
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai (diketuk)

Bahan Rebus
1. Jagung dan brokoli sahaja direbus. Sayur lain tak perlu rebus.
2. Rebus ketam, udang, sotong.
3. Ketam direbus asing. Air rebusan ketam akan diguna untuk kuah. Kalau campurkan semua sekali. Nanti nak buat kuah pati
tak sedap.

Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan cili boh.
2. Semasa menumis, masukkan daun limau purut dan juga serai.
3. Apabila sudah naik bau dan cili dah masak, boleh masukkan 5 senduk air rebusan ketam.
4. Masukkan sos tiram dan sos cili.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Apabila sudah siap kuah, masukkan semua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.

Resipi oleh Aleeya Azlaili dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas