Kali ini RASA ingin berikan resipi membuat kuah rojak yang sangat sedap. Dimakan pula dengan sengkuang yang rangup. Aduhai, memang tak toleh kiri kananlah jawabnya.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui Rasa Share Resipi. Jom sama-sama kita buat kuah rojak ni.
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 ketul gula melaka
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan kicap manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1/2 ssudu kecil garam
1 sudu kecil belacan (dibakar)
2 sudu besar tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar kasar)
2 sudu besar bijan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air dan gula melaka.
2. Masak gunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula, kicap manis, cili kisar, sos cili, garam dan juga belacan. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus.
5. Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kacang tanah dan juga bijan. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika.
6. Tutupkan api. Sejukkan seketika. Simpan kuah rojak di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Siap.
Selamat mencuba!
Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.