Jom Buat Kuih Lapis Pandan Gedik , Lembut & Lemak Manis

Share

Cuaca hari ini tidak panas sangat, redup saja. Minum air kopi tanpa hidangan kuih muih pastinya tidak lengkap minum petang anda.Bolehlah rancang nak masak kuih yang mudah dan tak jemu nikmati. Kuih lapis yang dikongsi oleh tokmi ni pun enak, lembut dan lemak-lemak manis. Bila dilapis dengan berhati-hati pasti cantik kejadiannya.

KUIH LAPIS PANDAN GEDIK
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras* ( tokmi guna cap teratai)-BELI ONLINE DI SINI


1 sudu besar tepung gandum *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar tepung jagung *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan santan pekat *
1 cawan air *
1/2 (setengah) cawan gula pasir *
Secubit garam *
2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan air***

Cara membuat:
1. Campurkan yang bertanda *.Kacau sebati dan tapis ( tokmi blend je)


2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian hendaklah dimasukkan air daun pandan,kacau sebati.Satu bahagian lagi hendaklah ditambah dengan 1/2 cawan air yang bertanda ***,kacau sebati.Maknanya jumlah bancuhan adalah 250 ml adunan pandan dan 250 ml adunan asal.


3. Panaskan air kukusan.Tutup tudung pengukus dengan kain bersih.Oleskan acuan saiz kecil ( sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.

4. Masukkan setengah cawan atau satu senduk adunan pandan. Kukus 5 minit kemudian masukkan adunan warna asal. Kukus lagi lima minit.

5. Ulang proses yang sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yang pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik.Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering.
** Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap satu dan yang terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi.Kalau ikut betul-betul bancuhan ni, kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.

Kredit: #daridapurtokmi
Sarimah Ismail

 

Published by
Putri Adila Saari