Lapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu.
Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN
Bahan-bahan:
250grams beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan
10 biji pisang – lumatkan
1 biji kelapa parut – putihnya sahaja
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
Secubit garam halus
Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note:
*Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain.
*Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga.
*Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja.
Kredit: Sue M Arukin
Resipi Kuih Peneram Rangup, Wanita Ini Kongsi Tip & Petua Cara Buat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Peach Buttercake Tanpa Serbuk Penaik, Tetap Menjadi!
Kalau tercari-cari menu untuk minum petang, boleh cuba buat resipi ini.
Resipi tanpa serbuk penaik perkongsian daripada seorang chef, namun diolah oleh Dani J Tang.
Sangat sesuai untuk orang yang tak simpan penaik sebab jarang baking. Tapi kalau takut kek tak jadi, boleh je nak letak penaik 1 sudu kecil.
RESIPI PEACH BUTTERCAKE
BAHAN-BAHAN:
250g mentega (majerin dalam resipi asal) – beli online di sini
220g gula castor (saya guna 200g, sesuai selera) – beli online di sini
250g tepung gandum | diayak – beli online di sini
4 biji telur
70ml susu segar
1 sudu kecil air lemon @ cuka
1 penutup esen vanilla (saya guna french V)
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar ikut kesesuaian atau AF masing-masing ye. Saya guna ketuhar industri, suhu atas bawah 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu 130C selama 20 minit lagi.
2. Sukat susu kemudian masukkan perahan lemon @ cuka, biar selama 10 minit. Ketepikan (resepi asal hanya guna susu sahaja ya. Saya olah masukkan lemon @ cuka).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang gebu. Jangan lupa kaup tepi-tepi bekas.
4. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (masukkan sebiji, pukul sehingga rata, ulang seterusnya sampai habis 4 biji telur)
5. Masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik/pukul sebati, kemudian masukkan susu, sebatikan dan masukkan baki tepung. Kaup balik @ pukul sehingga rata. Jangan terlebih pukul ye.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau boleh guna aluminium cup atau muffin pan/cup.
7. Boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing nak letak buah atau nak warnakan atau dibiar kosong je.
8. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Kredit resipi: Dani J Tang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ada Roti Lebih Di Rumah? Boleh Buat Kudapan Roti Goreng Pedas
Lain Orang Lain Cara, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pau Naik Gebu
Resipi Kuih Peneram Rangup, Wanita Ini Kongsi Tip & Petua Cara Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sajian Terbaik 4 Aneka Nasi Arab dan Mediterranean Paling Sedap
Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu.
Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kiub besar
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 cawan air rebusan daging
- 3 sudu makan mentega/minyak sapi
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rendaman safron
- 1 sudu teh jus lemon
- 2 helai daun bay leaf
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan gula perang secukupnya
- Bawang goreng dan kismis secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Yemen
Keistimewaan : Penuh perisa
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS (MESIR)
BAHAN-BAHAN A:
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 4 cawan air rebusan ayam/daging
- ½ cawan tomato puri
- ½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
- 1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
- Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 2 sudu makan minyak sapi
- 4 ulas bawang merah |mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Mesir
Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
- 2 cawan air rebusan daging kambing
- 2 cawan susu cair
- 300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
- 2 biji ubi kentang |belah empat
- 2 biji tomato | potong bulat
- 1 batang lobak merah |potong bulat
- 3 sudu makan minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
- 2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Turki
Keistimewaan : Rasa daging kambing
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing (PALESTIN & SYRIA)
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
- 2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
- 4 sudu makan rempah Maqlubah
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 liter air stok daging
- 2 biji bawang besar /dimayang
- 10 ulas bawang putih/ diketuk
- 2 batang kayu manis
- 10 biji bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
- 5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
- 3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
- 3 biji terung panjang /dipotong bulat 1 sm, digoreng kuning keemasan
- 6 biji kentang / dipotong bulat 1 sm , digoreng kuning keemasan
- 300 gm kubis bunga/ dipotong, digoreng kuning keemasan
- 1/2 cawan minyak masak
- 4 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan garam halus
Bahan hiasan :
- Beberapa hiris tomato
- Beberapa helai daun pudina
- Beberapa hiris lemon
CARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang
Waktu memasak : 1 jam 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria
Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan.
Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF : Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Menu Mudah Masak Ayam Rendang Sambal
Siapa peminat masakan rendang dan sambal, pasti suka dengan resipi ini. Menggabungkan dua sekaligus, menu ayam rendang sambal ini mudah sangat untuk dimasak.
Resipi yang dikongsi oleh saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, memang menggunakan bahan yang mudah didapati dan sekejap saja dimasak.
Resipi ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
CARA BUAT AYAM RENDANG SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
2 biji bawang besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1-2 inci halia – beli online di sini
2-3 sudu besar cili kisar/boh – beli online di sini
1 cubit belacan – beli online di sini
1 sudu besar asam jawa – beli online di sini
1-2 helai daun (apa-apa ada)
Garam dan gula secukup rasa
TONTON Projek Lockdown #GerentiJadi: Koleksi Daging
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Ayam potong kecil. Tak payah goreng dulu. Ni cara saya masak zaman belajar universiti dulu. Cara masak lebih kurang antara masak sambal dan masak rendang.
2. Kisar bahan-bahan sampai halus. Masuk semua sekali, kecuali asam jawa. Dah kisar halus, tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Resipi tak guna santan dan kerisik.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Agak-agak sahajalah jumlah dia. Guna asam keping pun boleh! Lepas tu masukkan air 2-3 cawan. Letak garam dan gula siap-siap masa ni.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan ayam. Gaul sampai rata. Oleh kerana ayam ni kita akan reneh sampai kering macam kita masak rendang, maka tak perlu goreng dulu. Leceh kalau nak goreng dan kena guna banyak minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kecilkan api dan tutup. Boleh biarkan selama 5-10 minit. Buka, dan gaul. Tutup dan biar lagi 5-10 minit. Sampailah kuah dia kering ala-ala rendang. Sambil tu boleh masak sayur.
5. Dah siap! Ringkas dan senang sahaja, kan? Tak ada bahan yang susah, tak ada cara leceh. Ikut apa yang ada. Cuma kena sabar tunggu kering sahaja.
6. Oh ya, jangan lupa masukkan daun pandan. Tambah air dan biarkan kering semula. Nak letak serai, daun limau, daun kunyit pun boleh. Ikut apa yang ada.
7. Dah boleh hidang. Rasa dia macam sambal, tapi ada aroma macam rendang sedikit sebab kita masak tu sampai kuah dia kering dan garing. Makan dengan nasi, nasi impit, atau roti.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: