Jom Buat Lemang Kukus, Hari-Hari Hari Raya!

Share

Kadang kala, tekak teringin hendak menjamah lemang. Jualan lemang pun bermusim. Memang ada sesetengah lokasi menjual lemang dan rendang setiap hari. Namun harganya boleh tahan mahal.

Apa kata kita cuba buat lemang kukus? Cara membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Cuma perlu dapatkan daun pisang sahaja. Bertambah enak rasanya apabila lemang dikukus dalam daun pisang, kan?

Jom kita lihat resipinya. Video pun ada di link bawah.

LEMANG KUKUS

BAHAN-BAHAN
Daun pisang secukupnya
800 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
3 helai daun pandan (diikat)
1 kg beras pulut

CARA MEMBUAT
1. Layurkan daun pisang di atas api seketika. Ketepikan.


2. Dalam kuali, masukkan santan, garam, gula, minyak masak dan daun pandan. Kacau.
3. Masukkan beras pulut. Gaul rata. Masak sehingga kering dengan api sederhana.


4. Ambil daun pisang. Isikan beras pulut ke atasnya. Gulung dan ikat hujungnya. Kemaskan.


5. Dalam periuk pengukus, susun bungkusan daun pisang tadi dengan kemas.


6. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Tutup api.
7. Keluarkan dari periuk pengukus. Potong-potong apabila sudah sejuk.

Tunggu sejuk baru potong ya. Kalau potong ketika panas, lemang masih lembik.

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/wwqZFkGDRHI

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali melalui Rasa Share Resipi

Published by
Maryam Elyas