Lepat ubi adalah salah satu kuih masyarakat Melayu yang masih disukai hingga ke hari ini. Aroma ubi kayu berama gula melaka ditambah dengan aroma daun pisang dan daun pandan sangat mengimbau suasana kampung halaman.
Dinikmati bersama kopi o panas, sudah semestinya menjadikan hari yang dilalui begitu sempurna. Jom kita lihat resipinya yang dikongsikan oleh Nurul Jannah di facebook Rasa Share Resipi.
LEPAT UBI KAYU LEMBUT BERLEMAK
BAHAN-BAHAN
670 gram ubi kayu parut
1 1/2 cawan gula merah thai
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 cawan santan pekat (jenama Kara)
Daun pisang secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Lap daun pisang dan sapukan dengan sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat pada daun pisang selepas siap masak nanti.
2. Parut ubi kayu dan masukkan dalam bekas besar.
3. Perah ub kayu parut. Buang airnya. Kalau tidak dibuang, lepas ubi akan jadi pahit.
4. Selepas perah, timbang ubi kayu tadi seberat 670 gram. Ketepikan sebentar.
5. Masak air gula. Dalam kuali, masukkan gula merah Thai, air, daun pandan, gula pasir dan garam. Masak dengan api sederhana. Kacau selalu sehingga gula larut dan air gula jadi agak pekat. Tutup api dan tapi air gula ini.
6. Tuangkan air gula ini ke dalam mangkuk berisi ubi kayu parut tadi. Gaul supaya air gula sebati dengan ubi kayu parut.
7. Masukkan pula santan. Gaul lagi supaya sebati.
8. Ambil sekeping daun pisang. Letakan dua sudu adunan ubi kayu parut. Lipat daun pisang kemas-kemas.
Ads
9. Ulang sehingga habis adunan ubi kayu habis. Susun lepat dalam periuk pengukus.
10. Kukus selama 25 minit. Pastikan air kukusan dan betul-betul mendidih barulah diletakkan lepas ubi. Siap!
Ads
Selamat mencuba!
Nak lihat lebih detail teknik memasak dan membungkus lepat ubi kayu, boleh tonton video di bawah. https://youtu.be/LCf6s-sIo0o
Resipi mini keria gula Melaka. Baking soda rahsia keria ini crunchy. Sekali hadap dah habis. Dah terfikir apa nak buat untuk minum petang ni? Yelah, anak-anak kan cuti.
Jadi bila semua ada kat rumah, kenalah masak ikut timing; Makan pagi, tengah hari, minum petang makan malam. Bahkan siap supper sekali kan?
Biasalah tu. Apa kata buat kuih ini untuk minum petang nanti. Buat banyak sikit boleh frozen dan simpan. Kuih mini keria gula Melaka ini paling senang nak buat. Makan sekali hadap je dah habis. Cukup ngam rasa nye. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Inul Daroji ini ye.
Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja Bahan pulut :
100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI : 1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali. 2. Masak hingga gula larut. 3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati. 4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN : 1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata. 2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan. 3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap. 4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas 5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
500 gm kacang hijau Bahan inti :
Air secukupnya
200 gm gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu makan tepung gandum
1 biji kelapa parut Bahan Kuih:
500 gm tepung pulut
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK : Cara masak bahan salutan: 1. Basuh dan toskan kacang hijau. 2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan 3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti : 1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. 2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan 3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. 4. Kacau hingga inti masak dan sebati. 5. Angkat dan sejukkan dahulu. 6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak : 1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental. 2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. 3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas. 4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat. 5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN : Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI : 1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana. 2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering 3. Angkat dan ketepikan 4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH: 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. 2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut 4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi. 5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. 6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
1/2 biji ragi
Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK : 1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik 2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan. 3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah. 4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang. 5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tanak dan peram Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya. Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Kalau ke pasar malam kuih talam gula melaka ni pasti ada. Sememangnya kuih lama ini memang disukai ramai. Rasa kuih tepung talam ini manis dan berlemak. Membuatnya juga mudah dan tidak memerlukan bahan dan masa yang lama. Jom follow resipi yang dikongsi oleh Shakinah. InshaAllah jadi klu ikut betul2 resepi ni.Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik.
Langkah 1
1.Sapu loyang dengan minyak masak dan lapikkan dgn plastik. Ketepikan.
Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1cawan air. Ketepikan.
Suka manis blh tambah sedikit gula putih.
1 1/2 cawan tepung gandum
1sdb tepung ubi
1sdb air kapur (jgn pekat sgt)
1sdb kicap pekat (sy guna jenama jalen) ni utk bg color cantik. Tak de efek rasa.
2 cawan air
1.Air gula merah satukan dgn air biasa jdkan 3cawan air. Jgn lebih ye.
2.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir klu nk tambah la. Sy mmg pakai gula merah je. Tapiskan.
3.Masukkan dlm kuali, kacau sehingga naik wap. Jgn sampai pekat. Masukkan dlm loyang kukus 15- 20minit dgn api agak besar.
Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat (tp jgn pekat sgt2 tau, tambah air klu pekat sgt2 santan tu)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya la
1.Satukan semua kacau sebati. Tapiskan.
2.Masukkan dlm kuali kacau sehingga naik wap. Tuang diatas lapisan gula merah tadi.
3.Kukus lg 25minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh potong dgn pisau plastik
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.