Anak tiba-tiba minta nak pau goreng seperti yang dijual di pasar malam. Mudah saja membuatnya ikut resipi ini. Buat pau goreng kacang merah memang lembut elok. Guna mixer je adun sekejap saja dah kembang. Jomlah kita buat.
Pau goreng inti kacang merah
Bahan A:
1 paket yis kering mauripan
2 sudu besar susu pekat anggaran 1 cawan air suam
2 sudu gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C:
Ads
½ cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Cara membuat:
1.Campurkan bahan A,B,C dan uli.
2.Perap sekejap hingga kembang. Kemudian tumbuk buang angin.
3.Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
4.Bila doh mengembang hampir 2 kali ganda, bolehlah goreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
Selain nasi, pulut menjadi kegemaran ramai. Pulut juga sering diolah menjadi kuih muih untuk menu minum petang atau acara makan-makan. Kalau ada yang nak membuat sendiri kuih muih dari olahan pulut, min kongsi resipinya.
PULUT INTI MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kepala parut
CARA MEMASAK
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali. Masak hingga gula larut. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN PULUT
100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok. Sedia dimakan. Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut
Resipi: Rozelinda Mustapha
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A (BAHAGIAN BAWAH): 2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos 250ml santan cair Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B (BAHAGIAN ATAS): 3 biji telur 500ml santan pekat 150gm gula merah 150gm gula pasir
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan. 2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan. 3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam. 4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
Pulut Lepa Berinti Sambal Ikan
BAHAN SAMBAL IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam 8 biji cili kering | dikisar halus 5 ulas bawang merah | dikisar halus 1 ulas bawang putih | dikisar halus 1/2 inci halia | dikisar halus 5 sudu makan gula pasir 1 1/2 sudu teh garam halus 4 sudu makan santan pekat Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Apa menu makan malam anda untuk hari ini? Buat yang tidak suka menu berat cukup hanya dengan menjamah mi yang berkuah dan juga kuih. Mi Nyonya ini memang istimewa dengan rencah yang menggoda rasa. Memang tak jemu makan. Sedap juga dapat nikmati kuih kegemaran ramai iaitu tepung pelita. Kalau disimpan dalam peti sejuk lagi nikmat rasanya.
Mi Kari Nyonya
Bahan-bahan:-
Minyak untuk menumis -BELI ONLINE DI SINI
3 potong dada ayam di hiris nipis2
Mi kuning (dicelur dalam air mengelegak)
50ml santan pekat
200gm tauhu goreng
100gm fish ball
100gm fish cake
1 liter air
Bahan-bahan kisar:-
10 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )
1 1/2 inci halia ) dikisar
2 sudu makan udang kering )- BELI ONLINE DI SINI
1 batang serai (diketuk)
daun kari
50gm serbuk kari daging )jadikan pes
2 sudu makan cili kisar )
Bahan hiasan:-
Telur rebus
Daun pudina
Taugeh/Sawi
Cara memasak:-
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan-bahankisar, serai & daun kari sehingga naik bau
3.Masukkan bahan-bahan pes & kacau sehingga pecah minyak
4.Masukkan ayam dan kacau rata
5.Masukkan santan pekat dan 1 liter air
6.Biarkan mendidih masukkan tauhu goreng, fish ball & fish cake
7.Masukkan garam secukup rasa
Hidangkan dengan mi kuning yang telah dicelur dan hiaskan dengan telur rebus, daun pudina dan taugeh atau sawi
Tepung Pelita
Bahan-bahan untuk bahagian bawah (hijau)
1 cawan tepung beras (sis guna tepung beras cap bunga teratai kerana rasanya lebih sedap untuk membuat pencuci mulut)
5 cawan air daun pandan (yang telah dikisar)
1 cawan gula kastor
Secubit garam
Bahan-bahan untuk bahagian atas (putih)
1 cawan tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
6 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.Sediakan 24 biji kelongsong tepung pelita
2.Isikan sesudu teh gula di dalamnya.
3.Sementara itu sediakan bahan-bahan untuk bahagian bawah
Bahagian bawah:-
1.Campurkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati
2.Masakkan di atas api hingga pekat dan berkilat
3.Tutup api dan tuangkan separuh adunan ke dalam setiap kelongsong kuih sehingga habis
Bahagian atas:-
1.Satukan semua bahan-bahan untuk bahagian atas ke dalam periuk dan masak atas api sehingga pekat dan berkilat
Tuangkan adunan ke dalam setiap kelongsong tepung pelita sehingga habis
2.Sejukkan dan sedia untuk dimakan
Nota : Kuih ini tidak perlu dikukus. Semasa memasak adunan perlulah sentiasa dikacau supaya adunan tidak bergentel.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Jika ingin membeli pengisar kering, boleh membelinya secara online DI SINI
Ikan masak asam ini boleh jadi idea buat yang buntu untuk menyediakan lauk berasaskan ikan. Penyedapnya adalah rasa masam dari asam jawa yang menyatu dengan isi ikan.