Satu lagi menu ayam mudah dan ringkas yang mak-mak boleh sediakan untuk seisi keluarga. Selain mudah, menu ini sangat sedap dan sesuai untuk anak-anak yang tak sukakan pedas, sesuai sangatlah dijadikan juadah berbuka. .
POPCORN AYAM MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm isi dada ayam | dadu kecil
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang holland | hiris memanjang
2 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan bijan yang telah disangai.
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
- Isi ayam dicuci dengan jus limau nipis, gaul rata. Kemudian cuci bersih dan toskan.
- Kemudian gaulkannya dengan campuran tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
- Tumis bawang putih dan hirisan bawang holland dengan mentega hingga wangi.
- Seterusnya semua bahan sos, kacau hingga mendidih.
- Masukkan ayam, gaul rata dan tutup api.
- Taburkan bijan dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
By : @yoanitasavit
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI