Jom Buat Popcorn Ayam Madu Kesukaan Anak-Anak.

Share

Satu lagi menu ayam mudah dan ringkas yang mak-mak boleh sediakan untuk seisi keluarga. Selain mudah, menu ini sangat sedap dan sesuai untuk anak-anak yang tak sukakan pedas, sesuai sangatlah dijadikan juadah berbuka. .

POPCORN AYAM MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm isi dada ayam | dadu kecil
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang holland | hiris memanjang
2 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan madu


1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan bijan yang telah disangai.

CARA MEMBUAT:

  1. Isi ayam dicuci dengan jus limau nipis, gaul rata. Kemudian cuci bersih dan toskan.
  2. Kemudian gaulkannya dengan campuran tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
  3. Tumis bawang putih dan hirisan bawang holland dengan mentega hingga wangi.
  4. Seterusnya semua bahan sos, kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam, gaul rata dan tutup api.
  6. Taburkan bijan dan gaul rata.

Sedia dihidangkan.
By : @yoanitasavit
.

Published by
webadmin