Ada macam-macam jenis rempeyek. Kali ni RASA nak tunjukkan resipi rempeyek mini. Bulat-bulat comel je. Rasanya sama sahaja cuma saiznya yang berbeza. Tapi sedap jugak makan rempeyek mini ni sebab macam jajan. Jom cuba!

REMPEYEK KACANG TANAH MINI

Jom Buat Rempeyek Kacang Tanah Mini Untuk Raya

IKLAN

BAHAN-BAHAN
2 labu bawang putih
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
Sedikit ketumbar
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
1 kg tepung gandum
200 gram tepung beras
1 bekas air
4 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kapur
Kacang tanah secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Kisar halus bawang putih, udang kering, cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan telur ayam.
5. Masukkan bahan-bahan kisar, garam, gula sedikit dan air kapur.
6. Kacau sehingga dapat bancuhan sederhana. Tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.
7. Letakkan bancuhan pada acuan sudip bulat leper (masukkan kacang tanah) dan goreng dengan minyak panas. Api perlahan.
8. Goreng sampai garing, toskan, biarkan sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

IKLAN

 

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI