Satu lagi kuih lejen yang diminati sampai sekarang adalah samperit. Ada bermacam samperit tapi samperit dahlia adalah antara yang paling diminati. Nak membuatnya tidak susah. Tapi nak dapat yang cantik tu memang tangan kena berseni. Ini resipinya. Bolehlah try buat nak raya ni ye.
SAMPERIT DAHLIA
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula
250 gram mentega
2 biji kuning telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Ceri untuk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Pukul gula, mentega sehingga sebati. Masukkan kuning telur ayam sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Putar 20 saat.
3. Ayakkan semua tepung dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yg lembut. Tambah tepung jagung jika masih lembik.
4. Sapu dulang dengan mentega. Masukkan doh dalam acuan bunga dahlia dan picitkan dalam dulang pembakar.
5. Hiaskan dengan ceri.
6. Rehatkan acuan selama 20 minit kemudian bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Kek Marble Loaf Ikut Resipi Simple Ni, Gerenti Jadi
Ada yang teringin nak makan kek? Boleh cuba buat dengan resipi yang dikongsi oleh Scha. Resipi kek marble loaf bersaiz 8×3 simple dan inshallah sesedap rasa. Nak tahu kek dalam oven dah masak, ia dah rengang sikit dari loyang bermakna kek dah masak. Jangan pula kerap buka nanti terbantut pula kek tu. Bila kek dah masak keluarkan dan hentak sikit loyang terus terbalikkan,jangan tinggal lama-lama dalam loyang nanti ia turun. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
KEK MARBLE
Bahan-bahan:
75g tepung self raising/super fine/gandum-BELI ONLINE DI SINI
60g gula kastor
50g butter/majerin cair-BELI ONLINE DI SINI
2 biji telur gred A/B(pastikan telur segar baru kek naik tinggi)
1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu ovelette(nak gebu guna ovelette special)
18ml santan/susu segar
1 sudu kecil baking powder
Emulco atau paste
Cara membuat:
1.Adun semua bahan-bahan sampai kembang gebu dan kental kecuali butter cair.
2.Adunan dah kental gebu baru masukkan butter/majerin cair. mix perlahan sekejap bagi butter/majerin tu sebati.
3.Kemudian kaup balik bagi butter tu sebati dengan adunan. Masa mixer mula-mula tu terus masukkan emulco. Ikut selera tekak nak makan kek perisa apa.
4.Sapukan sikit butter yang cair tadi dalam loyang baru letak adunan tadi. Ambil sikit adunan letak warna untuk lorek bunga.
5.Panaskan oven sekejap, masukkan loyang. Sebelum bakar hentak loyang dulu biar keluar angin yang dalam adunan tu.Bakar kek api atas 140 api bawah 150 dalam 50 minit ikut oven masing-masing.
Kredit: #cikschabake
Bubble Rice Choco Bar , Guna 2 Bahan Aje
Ni dia resipi Bubble Rice Choco Bar yang mudah betul membuatnya. Boleh tambahkan koleksi biskut raya anda. Gandingan coklat dengan bertih beras atau bubble rice ni memang padu sangat.
Walau bahannya ringkas, tapi rasanya rangup dan sedap
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN:
- 500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound)
- 25 ml minyak masak *opsyen nak letak atau tidak
- Bubble rice secukupnya
*boleh juga letak kismis/kekacang
CARA MEMASAK :
- Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup,ketepikan
- Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…
- Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/acuan cetak
- Taburkan bubble rice ke atasnya. Jangangn tekan..
- Tuangkan ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit acuan untuk diratakan.
- *pastikan choklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan daripada lemau
- Boleh simpan boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika, Dah sejuk/beku boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan
- * Letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras.
Selamat mencuba.
Kredit foto dan resipi : FB Masak apa ye?
Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Mudah & Sedap!
Walaupun bayang puasa dan raya belum berbahang, tapi tak salah kan kalau kita cuba dulu resipi biskut yang mudah dan sedap ini.
Resipi biskut ovaltine ala famous amos ini, gabungan serbuk ovaltine berlemak dengan coklat beryls cair dalam mulut, memang sedap.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Azlina Ina ini.
BISKUT OVALTINE ALA FAMOUS AMOS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan buttercup atau marjerin (mana yang suka dan ada rezeki lebih nak guna pure butter silakan) – beli online di sini
½ cawan gula halus (kalau tak suka manis, boleh kurangkan) – beli online di sini
1 biji telur
¼ cawan minyak masak biasa – beli online di sini
½ cawan ovaltine
½ cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan almond nips | dibakar kejap
1 cawan coklat chip
1 cawan coin milk beryls
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Kacau buttercup dan gula halus hingga sebati.
2. Masuk sebiji telur dan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati.
3. Masukkan ovaltine, penting bahan ni. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung. Kacau lagi sampai adunan sebati.
5. Akhir sekali, baru masukkan campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Bila dah siap, adun tambahkan almond nips yang dah dibakar kejap. Lepas tu satu cawan coklat chip. Kacau-kacau rata.
7. Mana suka kriuk-kriuk coklat boleh tambah coin milk beryls ya. Gaulkan rata.
8. Adunan doh memang lembik, jangan tambah tepung.
9. Masuk piping beg, nak cubit-cubit pun boleh.
10. Ok loyang sapu majerin ye, lepas tu susun cookies jangan rapat sangat nanti dia kembang. Bakar suhu 170C-180C masa 20 minit atau bergantung ketuhar masing-masing.
11. Mana yang ada coklat coin tu dia gelap sikit. Tekstur cookies ni waktu dia panas atau suam dia chewwy nanti dah sejuk dia rangup. Jadi nak makan waktu bila boleh pilih.
Kredit: Azlina Ina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: