
Dengan suasana raya berbeza tahun ni, pastinya kita akan lebih banyak mengudap di rumah. Yalahkan, tak dapat nak berkungjung-kunjungan seperti selalu. Jadi duduk rumah, selepas bermaafan sesama keluarga, kita mengudap.
RASA berikan satu resipi kudapan yang sedap dan tak jemu dimakan. Boleh buat sendiri di rumah nanti.
KACANG POLO (KACANG PEAS)

BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
500 gram kacang peas (yang sudah siap panggang)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Campur telur ayam, gula, serbuk cili dan bawang putih. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau sehingga sebati.
3. Gaul kacang pis dengan adunan tadi.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan kepanasan sederhana sehingga garing dan toskan.
5. Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerepek Popia Pedas, Rasa Sekali Gerenti Mencari Lagi

Kulit popia banyak fungsinya. Selain dibuat popia goreng, ramai juga yang mengolah resipi kulit popia ini untuk dijadikan kudapan seperti popia nestum dan popia pedas atau popia bersira.
Pembuatannya pun tidaklah sesukar mana. Buat beramai-ramai atau bersama-sama anak-anak ketika menggulung kulit popia, memang cepat siap dan banyak hasilnya.
Resipi perkongsian Hairul Nizam Ijam kali ini memang terbaik. Sedap nampak sambal siranya tu. Tak sabar nak buat. Bolehlah buat kudapan ataupun kerepek pada Hari Raya.
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia (saiz besar ) – Boleh beli online di sini
1 biji telur
5 sudu besar gula – Boleh beli online di sini
1 sudu teh pati asam jawa – Boleh beli online di sini
1 sudu teh garam
Minyak (untuk menggoreng)
(BAHAN KISAR)
20 biji cili kering – Boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:
Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.
Gunting ikut citarasa masing-masing.
Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.
Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.
Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan kerepek popia dan gaul rata.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tak susah nak buatnya kan.

Kredit: Hairul Nizam Ijam
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Comelnya Labu. Uniknya Pumpkin Bua Loy, Pencuci Mulut dari Thailand
Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Rahsia Buat Cucur Ketam Crispy, Makan Panas Panas Memang Layan

Sarapan dengan cucur yang dimakan panas-panas memang layan. Cicah pula dengan sos gerenti habis sepinggan. Jom kita buat cucur ketam crispy. Rangup kat luar tapi lembut di dalam.
CUCUR KETAM CRISPY
BAHAN-BAHAN:
500g tepung gandum-beli online di sini
250g/1 paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
100g taugeh
100g lobak merah (disagat)
50g daun kucai
2 cawan air
1 1⁄2 sudu teh baking powder-beli online di sini
Garam-beli online di sini
Gula
Secukup rasa
Minyak secukupnya
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan di atas dan kacau rata.
2.Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati.Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.
3.Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.
4.Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

5.Sedia untuk dihidang. Rangup di luar. Lembut di dalam.
NOTA: Anggaran untuk 5-6 orang makan. Masa penyediaan lebih kurang 25minit.
Kredit: Cik Dayang Zuhaila
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap & Mudah Untuk Deepavali.

Bila tibanya perayaan seperti Deepavali, pasti ramai yang tercari-cari resipi muruku yang sedap. Maklumlah ia merupakan antara kudapan ringan yang dicari ramai di musim perayaan. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai.
Bagi anda yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah & rangup, resipi muruku asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram ni antara yang boleh dicuba.
1. MURUKU RIBEN

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung kacang kuda
- 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
- ¼ sudu teh asafoetida
- 1 sudu teh mentega
- 110ml air
- Sedikit garam
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
- Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
- Sedia untuk dinikmati.
2. MURUKU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung kacang kuda
- 5 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang putih (dikupas)
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 50ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
- Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. BUTTER MURUKU

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan Tepung Beras
- 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
- 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 1 cubit Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. MURUKU JINTAN MANIS

BAHAN-BAHAN:
- ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 2 cawan Tepung Beras
- ½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
- 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 300ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
- Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. OMAPODI

BAHAN-BAHAN:
- ¼ cawan tepung beras
- 1 cawan Tepung Kacang Kuda
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
INFO RASA: Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.

