Dengan suasana raya berbeza tahun ni, pastinya kita akan lebih banyak mengudap di rumah. Yalahkan, tak dapat nak berkungjung-kunjungan seperti selalu. Jadi duduk rumah, selepas bermaafan sesama keluarga, kita mengudap.
RASA berikan satu resipi kudapan yang sedap dan tak jemu dimakan. Boleh buat sendiri di rumah nanti.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
500 gram kacang peas (yang sudah siap panggang)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Campur telur ayam, gula, serbuk cili dan bawang putih. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau sehingga sebati.
3. Gaul kacang pis dengan adunan tadi.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan kepanasan sederhana sehingga garing dan toskan.
5. Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk.
Selamat mencuba!