Jom Buat Sendiri Keropok Lekor Homemade, Senang Je dan Sedap Pula Tu

Share

 

Petang-petang selalu teringin nak makan sesuatu yang ringan-ringan. Kalau hujan, nak keluar beli keropok lekor kan susah. Jom buat sendiri. Senang je. Rasa pun sedap.

KEROPOK LEKOR HOMEMADE

Bahan-bahan
500 gram isi ikan sardin
2 ulas bawang putih
Sedikit maggi cukup rasa
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Air untuk merebus

Caranya membuat
1. Satukan isi ikan sardin, bawang putih dan maggi cukup rasa. Kisar sampai betul-betul halus.
2. Lepas tu campurkan dengan tepung ubi dan tepung gandum. Tambahkan sedikit air. Uli sampai menjadi doh dan dapat dibentuk.
3. Didihkan air. Rebus keropok lekor tadi sampai timbul atau terapung. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Potong-potong ikut selera masing-masing dan siap untuk di goreng.

Resipi oleh Melia dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas